Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Health Advisory For Workplaces During Haze

HEALTH ADVISORY FOR WORKPLACES DURING HAZE
MINISTRY OF HEALTH, MALAYSIA

 

 

Introduction

Haze is a situation where there is pollution to the air by suspended particulate matter. The various determinants of air pollution are, Sulphur Dioxide, Nitrogen Dioxide, Ozone, Carbon Monoxide and PM10. The fine particulate matter or PM10 (particulate of size 10 micron and below) is the main concern as it may lead to adverse health conditions.

Haze is caused when sunlight encounters tiny pollution particles in the air. Some light is absorbed by particles while other light is scattered away before it reaches an observer. The more the pollutants,  the more the absorption and scattering of light, which reduces the clarity and color of what we see. Air quality is determined by the Air Pollutant Index which is measured by the Department of Environment, Ministry of Natural Resources and Environment.

The Occupational Safety and Health Act 1994, stipulates that it is the responsibility of the employer to ensure the safety, health and welfare of the employee. The employer is thus responsible to ensure that preventive measures are taken for employees who are performing their tasks during the haze.

 

Health Effects of Haze

Exposure to haze may cause a variety of adverse health effects. The small particles that cause haze are composed of microscopic solids or liquid droplets that are so small that they can get deep into the lungs and cause serious health problems. When inhaled, they can enter the bloodstream and get absorbed by underlying tissue, potentially interacting with other compounds and substances in the body, for example ‘bad’ cholesterol, to produce damaging effects such as inflammation.

 

Short-term adverse effects of exposure to haze:

  • Eye irritation, watering eyes, and/or conjunctivitis (a type of eye inflammation)
  • Running nose, stuffy nose, sneezing, and/or post-nasal drip
  • Throat irritation, dry throat, sore throat and/or coughing, phlegm
  • Headache, dizziness, fatigue and/or stress
  • Decreased lung function, depressed respiratory immune defenses, chest tightness,       chest pain, shortness of breath, bronchitis (lung inflammation)

 

These symptoms are usually mild and will subside if exposure to haze is limited by staying indoors. However, in susceptible individuals (e.g. diabetics, elderly) and those suffering from chronic disease, especially respiratory and heart disease (e.g. coronary artery disease, asthma and chronic obstructive pulmonary disease), their condition may be worsened by haze and are more likely to experience more severe haze-related effects than healthy people.

 

Long-term effects of exposure to haze

A large number of particles in a haze are below 2.5 micrometers in diameter. Therefore these ultra small particles stay in the air longer and are easily carried over long distances, increasing their chances of being inhaled by animals and humans.

 

The long-term risks associated with exposure to fine particles:

  • Faster rate of thickening of the arteries compared to others, promoting the development of vascular diseases.
  • Increases the risk of death by cardiovascular disease and reduces life expectancy by several months to a few years
  • May contribute to the development of diabetes
  • Spontaneous abortion, under-weight infants, birth defects and infant death.

 

General Measures at the Workplace

 

  • Minimize outdoor activities.

Identify outdoor work that may be reduced. Ensure the use of respirator for those with prolonged exposure. Those suffering from chronic illnesses, especially heart and respiratory diseases, should remain indoors.

  • Close all windows, doors and any openings that may allow haze to enter the workplace.

Turn on the air conditioner if available. Ensure adequate ventilation in the closed room.

  • Ensure maintenance of the air conditioner with regular cleaning and servicing.

Fine particles can enter an air-conditioned building through the fresh air intake and by infiltration through openings and gaps.

  • Use an air purifier to keep the particulate levels low.

An air purifier or air cleaning devices may be used to reduce the amount of air contaminants that may be circulating in the building.

  • Provide health education regarding Haze to the employees
  • Provide respirators for employees who have to work outdoors

 Ensure there is sufficient supply of respirators for employees who have to work outdoors

  • Conduct Fit Testing

Fit testing should be conducted for employees who need to use respirators

  • Reassignment of job tasks

Susceptible employees should be reassigned to indoor tasks until the level of pollution is healthy

General Measures for the Workers

  • Inform the management if you are suffering from any heart or respiratory diseases
  • Take your medication regularly if suffering from an existing disease, especially heart disease and respiratory diseases.
  • Drink more water and increase the intake of fresh fruits and vegetables.

This helps the body to flush out toxins absorbed through the skin and lungs, and improve the immune system.

  • Cut down on alcohol and coffee

These promote fluid and nutrient loss from the body.

  • Avoid smoking
  • Wear a respirator when you go outside

 

Personal Protection

A respirator is a protective device worn covering the nose and mouth and is used to reduce the wearer’s risk of inhaling hazardous airborne particles. The respirator filters small airborne particle which cause haze. The N95 respirator may be used to prevent exposure to the haze. (Refer Usage of Personal Protection During Haze at www.moh.gov.my)

 

Guidelines on Action to be Taken at The Workplace

 

Air Pollutant Index(API) Reading

 Health Effect Description

Action to be taken at the workplace

0-50

Good

  • Prepare for any future possibility of air pollution 

51-100

Moderate

  • Identify outdoor activities that need to be minimized
  • Health Education to the employees
  • Ensure stock of N95 masks
  • Perform fit testing for employees who work outdoors 

101-200

Unhealthy

  •  Initiate use of N95 respirators by employees working outdoors
  • Reassign susceptible employees with difficulties working outdoors to indoor jobs.
  • Minimize strenuous outdoor tasks

201-300

Very Unhealthy

  • Reassign all susceptible employees to indoor jobs.
  • Avoid strenuous outdoor tasks
  • Temporarily stop earthworks and earth movements tasks

301-400

Hazardous

  • Assess visibility for work processes
  • Ensure use of headlights while driving
  • Ensure all persons working outdoor are using N95 respirators

400-500

Hazardous

  • Avoid outdoor work

>500

Hazardous

  • All government and private sector offices and workplaces to be closed pending declaration of Disaster Emergency by the National Committee on Disaster Management except essential services

 

 

Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

 

1.     GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

 

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

  1. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
  2. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
  3. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
  4. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
  5. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  6. Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
  7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  8. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
  9. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

 

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU

 

 

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

 Status  Tahap Pencemaran Langkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan

0-50

Baik

Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100

 Sederhana

Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum

  • Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200

Tidak sihat

Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
    Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300

Sangat tidak menyihatkan

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi 

  • Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
  • Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
  • Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
  • Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
  • Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500 

Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas

 Darurat

Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

  • Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
  • Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa.

 

Lampiran-lampiran:
langkah pencegahan semasa jerebu 2013.pdf (188.5 KB / 570 Muat turun)

Panduan Kesihatan untuk Anda

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

 

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

 

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

 

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

 

NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

 

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

 

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

 

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

 

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Usage Of Personal Protection During Haze

USAGE OF PERSONAL PROTECTION DURING HAZE

 

Personal Protection

Personal protection is required when going outdoors during a haze. The appropriate protection is a device that prevents the inhaling of airborne particles causing the haze. The various protections commonly used are the surgical face mask and the respirator.

 

Airborne particles causing haze may be as small as 2.5 microns. The use of the surgical mask will not prevent one from inhaling the small airborne particles. Therefore the recommended protection is the use of the respirator.

          

Use of Respirators

A respirator is a protective device worn covering the nose and mouth and is used to reduce the wearer’s risk of inhaling hazardous airborne particles. Respirators work better than surgical masks as they seal better and restrict more polluted air from entering the nose and mouth. They also come with the right filter to remove fine particles found in a haze. The N95 respirator may be used as protection during the haze. The respirator filters the small airborne particles and can reduce exposure to the haze. The N95 mask is effective only if used correctly.

 

The use of N95 masks increases effort in breathing.  For some people, the use of N95 mask may cause discomfort breathing, tiredness or headache. This may be due to the mask causing increased resistance to breathing, and a reduction in the volume of air breathed. For most people this is not serious however in precautions must be taken in certain categories of people.

  

Precautions to Using the Respirator

 

  • Elderly people, people with lung or heart conditions
    ·  People with claustrophobia
    ·  People with lung diseases such as asthma or emphysema
    ·  Women in the later stages of pregnancy
    ·  Children

 

N95 mask is not suitable for pregnant women and children. Persons with chronic lung or heart conditions who feel uncomfortable when wearing the N95 masks should stop doing so and consult a doctor before carrying on.

 

Facial hair, like a beard or mustache, can affect the respirator's ability to protect as it comes between the wearer’s face and the respirator's seal. It can also get into the respirator's valves can allow contaminated air to leak into the respirator face piece. Long hair may also get between the respirator seal and wearer’s face allowing contaminated air to leak into the respirator.

 

   Using the Respirator

 

    1. Respirator must be worn correctly for effective protection

    2. Respiratory fit testing must be performed to ensure the correct usage of the

        respirator. 

         

Advisory Note For Smokers To Stop Smoking During Haze

Introduction

Haze is traditionally an atmospheric phenomenon where dust, smoke and other dry particles obscure the clarity of the sky. The World Meteorological Organization manual of codes includes a classification of horizontal obscuration into categories of fog, ice fog, steam fog, mist, haze, smoke, volcanic ash, dust, sand and snow. Sources for haze particles include farming (ploughing in dry weather), traffic, industry, and wildfires.

 

Haze often occurs when dust and smoke particles accumulate in relatively dry air. When weather conditions block the dispersal of smoke and other pollutants they concentrate and form a usually low-hanging shroud that impairs visibilityand may become a respiratory health threat. Industrial pollution can result in dense haze, which is also known assmog.

 

For these reasons, sunrise and sunset colors appear subdued on hazy days, and stars may be obscured at night. In some cases, attenuation by haze is so great that, toward sunset, the sun disappears altogether before reaching the horizon.

 

The main pollutant of concern to health during a smoke haze is the fine particulate matter or PM10 (particulate size of 10 micron and below). The health effect depends on the severity of the smoke haze as described by the PSI (Pollutant Standards Index) reading. At PSI > 100, the air quality is deemed UNHEALTHY.

 

The air quality in Malaysia is reported as the API or Air Pollutant Index. Four of the index's pollutant components (i.e., carbon monoxide, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide) are reported in ppmv but PM10 particulate matter is reported in μg/m3.

 

Pathophysiology of smoking and respiratory defence mechanism

The innate defense system of the lung includes the apparatus for producing and clearing mucous, the epithelial cell barrier and infiltrating inflammatory immune cells.

 

Chronic stimulation of this system by the tobacco-smoking habit results in both increased production and decreased clearance of mucous from the airway’s lumen, causing disruption of the tight junctions that form the epithelial barrier and infiltration of the damaged tissue by polymorphonuclear and mononuclear phagocytes as well as natural killer cells and CD4+ and CD8+ T cells and B-cell lymphocytes. The adaptive immune response requires antigen presentation primarily by dendritic cells and the organization of the lymphocytes into follicles with germinal centres.

 

This type of response is rarely found in healthy non-smokers but has been documented in about 5 percent of peripheral lung units of smokers with normal lung function, increasing to about 20 to 30 percent of airways in the later stages of chronic obstructive pulmonary disease.

 

Resultant effect of both smokers and haze

The persistent innate and adaptive immune inflammatory response present in the lungs of all long-term smokers appears to be amplified in those smokers who develop severe COPD. Cigarette smoke when inhaled directly or second-hand smoke exposure comprising more than 7,000 chemicals; whereby hundreds of these are hazardous and at least 69 are known to cause cancer, provides an extraordinary strong dose of free radicals to the lung coupled with an exacerbation of a synergistic effect due to the particulate pollutant components (i.e., carbon monoxide, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide) from the haze which is rapidly absorbed by cells in the body and produce disease causing cellular changes. This also initiates processes of oxidative injury that involve multiple cell types and the entire lung.

 

Local inflammation results and markers of inflammation becomes higher, both in smokers and in persons with COPD, than are those in non-smokers. Oxidative stress unfavourably tips the protease-antiprotease balance toward protease, leading to tissue damage and COPD.

 

The tobacco smoke, which comprises an aerosol (a mixture of solid and liquid particles) and gases, has thousands of chemical components, including many well-characterized toxins and carcinogens (International Agency for Research on Cancer [IARC] 2004). Many of these components are in the gaseous phase and others are components of the particles coupled with the particulate pollutant components (i.e., carbon monoxide, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide) from the haze. With this involuntary inhalation resultant effect have the potential to injure the airways and alveoli.

 

The size of particles in the smoke inhaled directly from a cigarette (mainstream smoke) has been studied and indicates that the mass median aerodynamic diameter of particles is 0.3 to 0.4 micrometers (μm) (Martonen 1992; Bernstein 2004). Particles of this size penetrate to and are deposited in the deep lung. This is eventually coupled with the inhalation of particulate pollutant components which measures the particulate size of 10 micron and below) in the smoky haze.

 

This resultant effect of exposure both to cigarette smoke and the inhalation of particulate pollutant components from the haze would result in an obstructive ventilatory defect with a decreased FEV1 / FVC; restrictive ventilatory defect resulting in a decreased TLC; abnormal uptake of gas by Hgb across alveolar capillary membrane and disorders with airway dysequilibration (emphysema). The substantial volume of air inhaled daily by an adult which amounts to 10,000 litres per day together with the harmful impurities (arising both from cigarette smoke and haze) results in deterioration of the pulmonary function capabilities of an individual.

 

A causal conclusion on smoking and deterioration of pulmonary function capabilities with exposure to haze

This infers a causal conclusion of a deterioratory effect  between smoking and all major respiratory symptoms among adults, including coughing, phlegm, wheezing, dyspnoea, breathlessness among children of school age, poor asthma control amongst adults and children of school age, and chronic obstructive pulmonary disease, for both active smoking and involuntary exposure to tobacco smoke during haze.

 

A Serious Notation From The Ministry of Health Malaysia

Stop smoking immediately in haze environments in order to sustain your pulmonary function capabilities healthily. 

Petua Kepada Peniaga/ Penjaja Makanan Di Musim Berjerebu

  1. Pastikan  anda menyediakan makanan  dengan cara yang  selamat, bersih, cukup masak  dan  bertutup untuk mengelakkan  pencemaran dan keracunan makanan.
  2.  
  3. Semua Peniaga /penjaja diwajibkan  mematuhi tatacara kebersihan diri dengan menggunakan  Alat Pelindung Diri  yang sesuai seperti  penutup  mulut, apron, sarung tangan  semasa penyediaan dan penghidangan  makanan.
  4.  
  5.  Sediakan  pilihan makanan  yang pelbagai dan pastikan makanan yang tinggi vitamin, mineral, antioksida  serta  serat   seperti buah- buahan dan sayur – sayuran untuk memenuhi keperluan pelanggan  bagi melawan penyakit.
  6.  
  7. Kurangkan penggunaan lemak seperti  minyak  dan santan dalam masakan.Makanan  berkuah atau bersup  adalah lebih baik berbanding makanan bergoreng.
  8.  
  9. Kurangkan penggunaan  garam dalam masakan  kerana makanan yang masin akan menyebabkan kehausan yang meningkatkan keperluan air badan.
  10.  
  11. Peniaga digalakkan  untuk menyediakan makanan yang telah siap dibungkus  untuk memudahkan pelanggan membawa balik makanan yang dibeli.
  12.  
  13. Semua peralatan yang digunakan untuk menghidang  makanan seperti bain  marie, pinggan, mangkuk dan sebagainya mestilah sentiasa bertutup untuk memastikan   makanan tidak terdedah kepada jerebu atau pencemaran lain.
  14.  
  15. Peniaga yang berada di luar  bangunan dan terdedah kepada cuaca berjerebu  hendaklah memastikan diri mereka dan pekerja memakai penutup mulut dan minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan mengelakkan pendedahan kepada  jerebu yang berpanjangan.
  16.  
  17. Semua Peniaga/Penjaja serta pekerja dan pembeli makanan atau pelanggan   adalah dilarang merokok untuk  memastikan  indeks pencemaran udara di sekeliling premis makanan  tidak  bertambah buruk. 

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

Pemakanan yang  sihat  adalah penting  semasa musim berjerebu  untuk mempertahankan  sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai  penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

 

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas  akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini  adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

 

  1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga  8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .
  2. Minum Jus serta makan  buah – buahan  dan sayur- sayuran  yang  kaya dengan  antioksida, vitamin, mineral dan serat   bagi membantu melawan penyakit.
  3. Elakkan pengambilan  minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol  yang  boleh menyebabkan pembuangan  air kencing yang  kerap dan boleh menyebabkan  dehidrasi.
  4. Pengambilan air suam adalah digalakkan  berbanding  minuman sejuk /berais  kerana  tubuh badan  akan kehilangan   haba  dengan  cepat yang perlu diganti semula.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang  menyebabkan  kehausan dan  dehidrasi seperti makanan masin  atau bergaram.
  6. Makan pelbagai makanan mengikut keperluan  untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
  7. Pastikan  semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak  dan disimpan dalam keadaan yang sesuai  sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
  8.  Kekal  aktif  di tempat  yang  sesuai ( Dalam bangunan  /rumah)  tetapi  elakkan atau kurangkan  aktiviti di luar  rumah. Elakkan merokok  kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
  9. Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga. 

Kekal Aktif Walaupun Keadaan Berjerebu

Kita perlu kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu. Pada lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah. Keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita. Ia tidak semestinya begitu! Berikut adalah tips bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu:

 

  1. Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton.
  2. Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan
  3. Mop lantai dan kemas rumah anda
  4. Menari di dalam rumah
  5. Berjalan sambil membeli belah sekarang sesuai untuk bersiapan awal Hari Raya.

Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu 2 liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal diluar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selsema dan irritasi kulit, mereka disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50. Diharap tips diatas dapat membantu kita untuk kekal aktif dan sihat walaupun dalam keadaan berjerebu 

Penjagaan Penghidap Penyakit Kronik Ketika Keadaan Berjerebu

Selain daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah.1

 

Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.

 

Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu2. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.3 Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:

 

  • Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
  • Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
  • Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.  Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
  • Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Lakukan senaman di dalam rumah.
  • Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
  • Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
  • Jangan merokok.
  • Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.
  • Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi jerebu di tempat anda

 

Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

 

Rujukan

  1. The Haze and Health: A Blog About the Fog Kay Leong Khoo, FAMS, MBBS, MMed (Int Med), 2006
  2. American Thoracic Society. What constitutes and adverse health effect of air pollution? Am J Respir Crit Care Med 2000;161:665-73.
  3. Bai N, Khazaei M, van Eeden SF, Laher I. The pharmacology of particulate matter air pollution-induced cardiovascular dysfunction. Pharmacol Ther 2006; [Epub ahead of print].

Nasihat Kesihatan Untuk Pekerja Sektor Perkhidmatan (Service Sector) Semasa Jerebu

Pengenalan

Jerebu  boleh menyebabkan masalah kesihatan di kalangan orangramai. Sebagai langkah pencegahan semasa jerebu, orang ramai dinasihatkan supaya meminimakan aktiviti luaran. Walau bagaimananpun, pekerja di sektor perkhidmatan terutamanya anggota seperti hospital, klinik kesihatan, Polis, Bomba, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan lain-lain adalah terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat semasa jerebu. Sektor pekerja tersebut juga terpaksa meneruskan kerja walaupun situasi  persekitaran semakin merosot. Panduan merupakan nasihat kesihatan bagi pekerjaan di sektor perkhidmatan.

 

Tindakan untuk diambil oleh organisasi

  1. Mengenal pasti keperluan anggota yang minima untuk melaksanakan tugas semasa keadaan persekitaran tidak sihat.
  2. Mengenalpasti anggota berisiko tinggi iaitu dengan masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang tidak boleh melakukan tugas luaran dan memberi mereka tugas dalaman untuk sementara waktu.
  3. Menyediakan jadual untuk giliran tugas supaya anggota tidak terdedah untuk tempoh masa yang lama.
  4. Menyediakan alat pelindung diri ( topeng muka) yang mencukupi untuk di gunakan oleh anggota semasa menjalankan tugas. Latihan dan fit testing perlu dilakukan di mana perlu.
  5. Memberi nasihat kesihatan kepada anggota mengenai langkah-langkah pencegahan untuk diambil semasa melaksanakan tugas semasa jerebu

Tindakan untuk diambil oleh pekerja

  1. Memastikan kebersihan diri. Mencuci tangan setelah masuk dari luar bangunan.
  2. Memberitahu status kesihatan kepada majikan jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.
  3. Mengambil rawatan seperti dinasihati doktor jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.
  4. Menggunakan alat pelindung diri semasa menjalankan tugas di luar.
  5. Menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak, memakan makan berkhasiat terutamanya buah-buahan.
  6. Mengelakkan daripada merokok, meminum kopi atau alkohol.
  7. Melakukan senaman dalaman.
Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html