Alat Kebolehcapaian
Bahagian 1 - Wad Am
|
Caj Sehari Bagi Seorang | Tidak Berhawa Dingin | Berhawa Dingin |
|---|---|---|
|
Kelas Satu: |
|
|
|
RM90 |
RM120 |
|
RM60 |
RM90 |
|
RM45 |
RM60 |
| Kelas Dua |
RM25 |
RM40 |
|
Kelas Tiga |
RM3 |
RM3 |
Bahagian 2 - Bilik Prosedur (Obstetrik)
|
Bilik Bersalin (setiap kemasukan) |
RM120 (Kelas Satu Sahaja) |
|
Dewan Bedah (setiap kemasukan) |
RM120 (Kelas Satu Sahaja) |
Bahagian 3 - Wad Psikiatrik
|
Kelas | Caj Sehari (RM) |
|---|---|
|
Kelas Satu |
15 |
|
Kelas Dua |
10 |
|
Kelas Tiga |
Percuma |
Bahagian 4 - Wad Eksekutif
|
Kelas | Caj Sehari (RM) |
|---|---|
|
Bilik dengan satu katil (Orang Kenamaan) |
225 |
|
Bilik dengan satu katil |
180 |
|
Bilik dengan dua katil |
150 |
Bahagian 1 - Jabatan Pesakit Luar Am
|
Hospital dan Klinik | Caj bagi satu lawatan (termasuk segala Siasatan) |
|---|---|
|
Hospital Besar |
RM1.00 |
|
Hospital Daerah |
RM1.00 |
|
Poliklinik |
RM1.00 |
Bahagian 2 - Jabatan Pesakit Luar Pakar
|
Jenis rujukan kepada klinik pakar |
Caj bagi satu rawatan |
|---|---|
|
Rujukan daripada pegawai perubatan kerajaan |
Percuma bagi lawatan pertama, RM5 untuk setiap "follow-up" (termasuk segala siasatan) |
|
Rujukan daripada Pengamal Persendirian |
RM30 bagi lawatan pertama, RM5 untuk setiap "follow-up" (TIDAK termasuk siasatan) |
|
Kes-kes "follow-up" yang telah keluar daripada wad |
RM5 bagi setiap lawatan (termasuk segala siasatan) |
Bahagian 3 - Perkhidmatan Di Luar Hospital
|
Perkhidmatan Perubatan Di Luar Hospital |
RM150 untuk setiap lawatan selain dari apa-apa tuntutan
bagi perjalanan, sara hidup dan penginapan mengikut kadar yang ditentukan oleh Kerajaan |
Adakah anda biasa dengan senario ini?
Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.
Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.
Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”
Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.
Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.
Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.
Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.
Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.
Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.
Kekurangan zat makanan
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.
Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.
Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:
Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.
Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.
Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.
Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.
Sewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.
Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca permulaan masalah.
Bermula dari rumah
Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.
Namun demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.
Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:
Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.
Anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau, anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek. Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.
Jangan putus asa!
Salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua!
Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih menyeronokkan!
Keputusan untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini… beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.
Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.
The recommended nutrient intake (RNI) is the daily intake corresponding to RDA which meets the nutrient requirements of almost all (97.5%) apparently healthy individuals.
The range of intakes encompassed by the RNI and upper tolerable nutrient intake should be considered sufficient to prevent deficiency while avoiding toxicity.
Please download the documents below for complete informations on RNI.
Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan perkhidmatan farmasi untuk kesihatan dan kesejahteraan negara. Bahagian Perkhidmatan Farmasi memastikan tanggungjawab tersebut dilaksanakan melalui tiga aktiviti utama iaitu Dasar & Pengurusan Farmasi, Amalan & Perkembangan Farmasi, dan Penguatkuasaan Farmasi.
Sila lawati Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk maklumat lanjut mengenai maklumat farmaseutikal di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD
Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.
Disediakan Oleh,
Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
12 Jun 2012
Maklumat Terkini Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
Maklumat terkini berhubung jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) boleh diperolehi melalui laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization; WHO) dengan pautan seperti berikut:
http://www.who.int/csr/don/archive/disease/coronavirus_infections/en/