Accessibility Tools

Aktiviti & Berita Terkini

Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera Sempena Jelajah ANMS dan BMSS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024

Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera Sempena Jelajah ANMS dan BMSS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024

There is no translation available.

Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan  Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Padang Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. 

 

Majlis perasmian fiesta ini telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, YB Gooi Zi Sen, yang turut diiringi oleh YBhg. Dato'  Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pn. Suraiya Syed Mohamed , Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan. 

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang fiesta, termasuk zumba, program outreach MyCHAMPION, sukan rakyat, pocket talk dan fun run. Acara ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran melebihi 5,000 pengunjung. 

 

Fiesta turut dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh terkenal seperti Achey, Bell Ngasri, Mek Yun, Atu Zero, Arwan, Chi Howe dan Ravi Zephyr yang menambahkan lagi keterujaan para pengunjung.

 

 

 

 

.

custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html