Accessibility Tools
ANMS membantu dalam mewujudkan Malaysia Sihat Sejahtera dalam tempoh 10 tahun pelaksanaannya dengan empat keberhasilan tingkahlaku iaitu pembudayaan norma baharu dan pematuhan SOP, pengambilan vaksin, pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran.


Aspek sosial dan budaya telah berubah dalam kehidupan rakyat Malaysia terutamanya dari segi kelaziman kehidupan harian kepada amalan norma baharu.
Cabaran dalam mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pengukuhan amalan kebersihan diri, keluarga dan komuniti dalam usaha melestarikan alam sekitar serta persekitaran yang bersih.

Memberi kesan secara langsung terhadap kerencatan aktiviti ekonomi dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan. Negara menanggung beban yang tinggi dari segi kewangan untuk merawat penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit
Akibat perubahan cara hidup rakyat yang semakin moden, faktor urbanisasi dan globalisasi telah menjadikan isu kesihatan sebagai satu cabaran.
Antaranya :-
1. Perubahan struktur umur rakyat

2. Faktor risiko kesihatan

3. Beban penyakit tidak berjangkit

4. Kemunculan pandemik COVID-19 dan jangkaan COVID -19 menjadi endemik telah menjejaskan kesihatan mental rakyat.

Kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan/agensi (Health in All Policy) melalui pendekatan Whole of Nation seperti berikut:
Menjadikan rakyat malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
Terdapat empat objektif ANMS seperti berikut:
Pelan ini juga memberi tumpuan kepada peningkatan taraf kesihatan rakyat dengan mengambilkira jangkaan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit masih menjadi ancaman kesihatan di negara ini akibat cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat.
