Accessibility Tools
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan pertemuan dua hala strategik bersama TYT MÓNICA GARCÍA GÓMEZ, Menteri Kesihatan Sepanyol, di Geneva.
FB
https://www.facebook.com/share/p/1CoS2u6wRd/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYi_E46kY1h/?igsh=MWFnZnJhZDJkcDJubg==
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056952199805390933?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ



Berikut adalah intipati Kenyataan Negara yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-79 (WHA79) hari ini.
Daripada pelaksanaan Strategi "5S" untuk memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk saringan kesihatan, Malaysia sedang memacu Reformasi Kesihatan MADANI.
KKM komited membina masa depan kesihatan global yang lebih berdaya tahan, inklusif, dan mampan untuk semua.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056769280587558966?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1b3ucxvqNp/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYhr7uqkbbw/?igsh=MXA0ZjRkM2U4d3V3Zw==





YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat dari Singapura, TYT Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Singapura bagi memperkukuh kerjasama strategik berpandukan Memorandum Persefahaman (MoU) sedia ada demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056735090403897584?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1aWAM7vCwY/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYhcmMoRlQZ/?igsh=dDN0cmh4NXA2ZnQ4

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hari ini telah menyertai sesi perbincangan Peringkat Tertinggi (High-Level) mengenai masa depan Kecerdasan Buatan (AI) anjuran Kerajaan Portugal di Geneva.
Melalui platform tersebut, KKM telah menyatakan satu prinsip yang amat jelas: AI dalam sektor kesihatan bukan sekadar soal kecanggihan teknologi, tetapi ia adalah soal kepercayaan awam (public trust).
FB
https://www.facebook.com/share/p/1B7dF7xBFv/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYg8YJ6kSnf/?igsh=ajI5ZDV1cXl6dnhi
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056664230003441674?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ


Sebanyak 95% kes kanser paru-paru di Malaysia hanya dikesan apabila sudah berada di tahap kritikal. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi nyawa yang mungkin boleh diselamatkan jika dikesan lebih awal.
Di pentas #WHA79, KKM membawa suara Malaysia untuk mengubah realiti ini di peringkat global. Melalui gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI), kerjasama rentas agensi, dan pemerkasaan klinik-klinik kesihatan di akar umbi, KKM komited membawa saringan dan rawatan terus kepada komuniti.
Berikut adalah komitmen KKM untuk membawa fasiliti bertaraf dunia ke peringkat komuniti menjelang akhir tahun 2026.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍: 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐈 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐔-𝐏𝐀𝐑𝐔 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia untuk menerajui acara tambahan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (#WHA79) hari ini sebagai satu penghormatan yang besar untuk negara.
Membawa suara dan ketegasan Malaysia di pentas antarabangsa ini, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah menyampaikan ucaptama yang menggariskan pendirian Malaysia yang ringkas namun mendalam.
FB
https://www.facebook.com/share/p/1CfbaLhqu6/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYgXu4bkVN9/?igsh=eHVvbDd6anh0dGo0
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056583947287711823?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ






𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻: 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘂-𝗣𝗮𝗿𝘂 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹
Sorotan ucaptama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA79) bertajuk "Dari Resolusi ke Pelan Tindakan: Malaysia Menerajui Reformasi Kesihatan Paru-Paru Global", menegaskan keperluan untuk beralih daripada perbincangan dasar kepada pelaksanaan tindakan yang konkrit dan berimpak.
Beliau turut menekankan kepentingan reformasi menyeluruh sistem kesihatan paru-paru melalui pendekatan bersepadu, merangkumi pengesanan awal kanser paru-paru serta penanganan isu berkaitan seperti batuk kering (TB), penyakit pernafasan kronik, penggunaan vape dan pencemaran udara.
KKM kekal komited dalam memacu perubahan sistem kesihatan negara ke arah lebih holistik, bersepadu dan berfokuskan kesejahteraan rakyat.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056579088496963955?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/v/1BRxohicUD/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/reel/DYgVMQSxchn/?igsh=OHF6ZGtubHRxZHR1
TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSxMDQRAj/
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵: 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, kini berada di Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei 2026.
Penyertaan Malaysia pada tahun ini menandakan komitmen penting dalam memperkukuh fasa baharu diplomasi kesihatan negara.
Agenda dan Fokus Utama:
📑 Penyampaian Kenyataan Negara (National Statement): YB Menteri Kesihatan dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada 19 Mei 2026 di hadapan para perwakilan antarabangsa.
📌 Teras Utama: Intipati ucapan akan memberi penekanan khusus kepada reformasi kesihatan berpaksikan rakyat serta memperkukuh akses kepada bantuan kemanusiaan di peringkat global.
Langkah ini adalah selaras dengan aspirasi KKM di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk membina sistem kesihatan yang lebih saksama, moden, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056371648014758098?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1CdrJcu3Ky/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYe3WEQEfpj/?igsh=MWVhemRmam9reG1iMw==



𝗝𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹 𝗔𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗞𝗲-𝟳𝟵 (𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵)
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, mengetuai delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei 2026.
Persidangan antarabangsa ini menjadi platform penting bagi Malaysia untuk terus memperkukuh peranan dan komitmen negara dalam memacu agenda kesihatan global melalui beberapa pengisian utama berikut:
1️⃣ Penyampaian Kenyataan Negara;
2️⃣ Mesyuarat Dua Hala; dan
3️⃣ Acara Tambahan.
Segala ketetapan waktu yang dipaparkan adalah berdasarkan Waktu Piawai Malaysia (WPM).
Komitmen berterusan ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam menyumbang kepada kelestarian dan kesejahteraan kesihatan sejagat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056367157500690810?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1DSUbdUtA5/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYe053GEZsu/?igsh=MThna3RncnN3bmlvcA==



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM GUNASAMA DAN KADER) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA ATAU KEDOKTORAN (PH.D) SECARA SEPENUH MASA
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa.
3. Sehubungan itu, dilampirkan berikut hebahan penajaan tersebut untuk rujukan seterusnya. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026