Accessibility Tools

English

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Pegawai Pra-Persaraan

There is no translation available.

Pegawai Dalam Perkhidmatan

There is no translation available.

JPICT & JTICT

There is no translation available.

TAKWIM PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL ICT OLEH JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KKM DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI) KKM BAGI TAHUN 2026
JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KKM

 

MESYUARATTARIKH MESYUARAT *
JPICT KKM Bil. 1/2026 26.02.2026
JPICT KKM Bil. 2/2026 23.04.2026
JPICT KKM Bil. 3/2026 25.06.2026
JPICT KKM Bil. 4/2026 20.08.2026
JPICT KKM Bil. 5/2026 22.10.2026
JPICT KKM Bil. 6/2026 09.12.2026

* Tertakluk kepada perubahan. Semua kertas permohonan ke JPICT KKM perlu mendapat perakuan JTI KKM terlebih dahulu.

JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI) KKM

 

MESYUARATTARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONANTARIKH MESYUARAT *
JTI KKM Bil. 1/2026 02.01.2026 22.01.2026
JTI KKM Bil. 2/2026 20.02.2026 12.03.2026
JTI KKM Bil. 3/2026 26.03.2026 21.05.2026
JTI KKM Bil. 4/2026 03.07.2026 23.07.2026
JTI KKM Bil. 5/2026 04.09.2026 24.09.2026
JTI KKM Bil. 6/2026 06.11.2026 27.11.2026

* Tertakluk kepada perubahan.

PELAKSANAAN

 

  • Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat https://profit.jdn.gov.my/
  • Semua permohonan perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam perlu mendapat kelulusan teknikal ICT tanpa mengira had nilai dan seterusnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dikemukakan kepada JTI/JPICT KKM untuk tujuan kelulusan teknikal projek ICT.

RUJUKAN

  • Surat Pekeliling Am KKM Bilangan 7 Tahun 2024 – Garis Panduan Permohonan Kelulusan Tenikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam.
  • Tatacara Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia
MAKLUMAT LANJUT

 

Urus Setia
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Bahagian Pengurusan Maklumat KKM
No Tel: 03-8883 3381 / 03-8883 3420 / 03-8883 3382 / 03-8883 2475
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

There is no translation available.

Senarai Aplikasi Dalaman & Luaran

There is no translation available.

MyHelp

There is no translation available.

Portal MyHelp (Pelaporan Buli Bagi Warga KKM)

 

  • “Buli” merupakan suatu bentuk gangguan psikologi yang terdiri daripada kelakuan menindas secara kejam, jahat atau berdendam untuk mengaibkan atau merosakkan imej/ kedudukan/ martabat seorang pekerja individual atau sekumpulan pekerja, termasuk teguran atau kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar, memencilkan seseorang daripada hubungan sosial dan mengumpat atau menyebar maklumat palsu. (Definisi ini dipetik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, 2002)
  • “Warga KKM” bermaksud mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat di fasiliti KKM, termasuk pekerja kontrak yang emolumennya dibayar oleh pihak KKM.
  • “Pegawai Yang Disyaki Mengganggu (PYDM)” bermaksud seorang warga KKM yang sesuatu aduan berhubung perlakuan buli telah dibuat ke atasnya.
  • “Pengadu” bermaksud seseorang yang membuat aduan terhadap perlakuan buli yang dilakukan ke atas dirinya sendiri atau ke atas orang lain oleh PYDM.
  • “Mangsa” bermaksud warga KKM yang menjadi mangsa buli di tempat kerja oleh PYDM.
  • “Tempat kerja” bermaksud tempat di mana warga KKM atau pengadu bertugas dan termasuk kawasan luar tempat kerja untuk menjalankan urusan rasmi, tidak rasmi atau yang timbul daripada hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam atau di luar waktu pejabat.

 

Sekiranya anda (warga Kementerian Kesihatan Malaysia) merupakan mangsa/ pengadu ingin melaporkan buli di tempat kerja (KKM), sila klik butang di bawah untuk melaporkannya melalui sistem MyHelp Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

KLIK DISINI  >>image

 

Skop Pelaporan Sistem MyHelp

 

  1. Sistem MyHelp ini diguna pakai di seluruh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah semua Program dan Bahagian, Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian serta semua organisasi (Pusat Tanggungjawab) di bawah KKM.
  2. Kes dan kejadian yang dilaporkan melalui sistem ini terhad kepada kes buli yang mana mangsa dan PYDM adalah warga Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Jadual di bawah merumuskan sistem pelaporan yang terdapat di KKM.

MANGSAPYDMPELAPORAN

Warga KKM

Warga KKM

MyHelp KKM

Warga KKM

Orang Awam / Pesakit

Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM 2017 (VRF-UKKP Bil.1/2017)

Orang Awam

Warga KKM

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA KKM)

Pesakit

Warga KKM

Incident Report (IR 2.0/2017)

 

Pengecualian Pelaporan Sistem MyHelp

 

KKM berhak menolak aduan yang dikemukakan melalui sistem ini sekiranya ia melibatkan perkara berikut :

 

  • Perkhidmatan seperti pelantikan, penempatan, pengambilan, pemangkuan, kenaikan pangkat, pengurusan prestasi, pengiktirafan, kemajuan kerjaya, pergerakan gaji;
  • Kes buli dan gangguan melibatkan perihal peribadi dan keluarga seperti pergaduhan antara suami, isteri atau anak, ancaman akibat tidak membayar hutang dan sebagainya;
  • Kes buli dan gangguan yang melibatkan prosiding mahkamah; dan
  • Kes gangguan seksual. Kes ini akan diuruskan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018; Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.

Pegawai Baharu

There is no translation available.

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

There is no translation available.

Muat Turun Borang

There is no translation available.

Sesi Town Hall

There is no translation available.

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html