Print
Tajuk Maklumbalas "Tolonglah Kasihani Kami ........"
Akhbar SINAR HARIAN
Tarikh Siaran 24-03-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DATO" DR. ZAINNIAH BINTI MOHD ZAIN Pengarah Hospital Kuala Lumpur
Maklum Balas Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin menjelaskan bahawa tiada pengecualian caj bayaran letak kereta kepada semua pelawat yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC),HKL termasuklah pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Ini adalah bagi mengelakan sebarang penyalahgunaan pengecualian oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab . Jesteru, setiap pengujung yang memarkir kenderaan di tempat letak kereta bangunan SCACCadalah dikehendaki mematuhi tarif dan kadar seperti bayaran yang telah di tetapkan seperti berikut:- Kadar Bayaran Termasuk Isnin hingga Ahad dan Cuti AM Kadar bayaran dikenakan kepada pelawat mulai 6.01 pagi hingga 10.00 malam ialah:- 1. 3 jam pertama atau sebahagian -RM2.00 2. Setiap jam berikut atau sebahagian -RM1.00 3. Maksima satu (1) hari -RM10.00 4. Kehilangan tiket -RM20.00 Untuk makluman, caj yang dikenakan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Spesifikasi HKL dan disahkan diperingkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaubagaimanapun ,pihak kami akan mengadakan perbincangan lanjut dalam masa terdekat bagi mengkaji kesesuaian cadangan ini sebagai penambahbaikan yang boleh dilaksanakan sekiranya memberi kesan positif kepada semua pihak yang berkaitan . Sekian,terima kasih DATO" DR. ZAINNIAH BINTI MOHD ZAIN Pengarah Hospital Kuala Lumpur