Tajuk Pesakit Terpaksa Di letakkan Di Ruang Laluan
Akhbar KOSMO
Tarikh Siaran 26-02-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh PENGARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH
Maklum Balas Merujuk kepada aduan yang disiarkan dalam kosmo bertarikh 26 Februari 2014 berkenaan pesakit terpaksa diletakkan di ruangan laluan. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) berhadapan dengan jumlah pesakit kes denggi yang sangat tinggi sejak awal januari 2014. Kemasukan pesakit kes denggi terus meningkat mendadak dan wad -wad penuh sesak. Bagi menangani dan menguruskan kemasukan pesakit kes denggi ke hospital ini, maka pihak hospital telah mengambil tindakan segera dengan menyediakan canvas bed di jabatan kecemasan untuk tempoh sementara bagi menempatkan pesakit-pesakit kes denggi sebelum dipindahkan ke wad. Akibat jumlah kemasukan pesakit yang tinggi serta kesesakan yang dialami ,terdapat canvas bed pesakit yang terpaksa ditempatkan di ruang laluan.Walaubagaimanapun ,perkara tersebut telah dapat diatasi dengan usaha dan inisiatif menjadikan wad kelas pertama dan beberapa wad lain sebagai wad untuk menempatkan pesakit kes denggi.