Print
Tajuk Azab 40 minit : Orang awam terperangkap dalam lif Hospital Melaka
Akhbar SINAR HARIAN
Tarikh Siaran 25-11-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DATUK Dil. HJ. ZA,ABA BIN BABAD Pengarah Hospital Melaka)
Maklum Balas Pada 24 November 2014, jam 1.45 petang, pihak Pengawal Keselamatan menerima panggilan intercom yang memaklumkan pelanggan terperangkap dalam lif No.6. Pengawal Keselamatan telah menghubungi helpdesk dan nombor pendaftaran aduan RQ/A5/F20953/1 .Pihak Pengawal Keselamatan yang berada di Aras 3 telah berada di lokasi kejadian serta merta dan mendapati pintu lif terkunci dan mendengar suara meminta bantuan daripada lif tersebut. Pihak kejururawatan cuba menghubungi helpdesk pada jam 1.45 petang beberapa kali tetapi tidak ada respond. Pada jam 1.50 petang pihak Syarikat Medivest Sdn. Bhd. telah menerima panggilan on call berkenaan lif nombor 6 rosak di wad aras bangunan baru Hospital Melaka dari pihak Unit Keselamatan Hospital Melaka. Aduan yang diterima oleh helpdesk Puan Kamariah, Customer Service Representative (CSR) yang bertugas pada ketika itu dan telah memaklumkan kepada Encik Rosli untuk tindakan. Encik Rosli telah ke lokasi kejadian pada 2.05 petang. Pada masa yang sama Puan Kamariah telah menghubungi pihak Schindler. Aduan telah diletakkan atas nama Jurutera incharge iaitu Encik Zulhairi dengan nombor pendaftaran aduan RQ/A5/F20953/14. Pasukan penyelamat tidak diaktifkan kerana tiada kakitangan terlatih yang sepatutnya disediakan. Berdasarkan kepada Concession Agreement di bawah seksyen 4.12 appendix 4.4 (2 of 2) para 7 di dalam Technical Requirement and Performance Indicator yang menyatakan ā€¯emergencies incidents of life threatening or can cause injuries or damages to the properties the respond time is immediatelyā€¯ Pihak Pengawal Keselamatan berusaha membuka pintu luar serta merta. Walau bagaimanapun, pintu dalam hanya boleh dibuka pada jam 2.20 petang oleh pihak Schindler. Pihak Medivest Sdn. Bhd. tidak terlatih untuk menjalankan aktiviti menyelamat semasa kecemasan meskipun berdasarkan kepada kontrak penyediaan lif yang dipasang di fasiliti hospital sepatutnya pihak Medivest telah terlatih untuk melakukan aktiviti menyelamat ini. Semasa kejadian didapati pintu lif di sebelah luar telah dibuka dengan usaha Encik Sallehuddin bin Amis, Ketua Pengawal Keselamatan Pos Ronda Aras dari Unit Keselamatan mengumpil pintu berkenaan dengan menggunakan kayu manakala pintu dalam pada CAR door dibuka oleh pihak kontraktor lif tersebut dan proses pemindahan keluar mangsa yang terperangkap dilakukan bersama pihak Unit Keselamatan dan staff nurse di wad yang terdekat. Siasatan mendapati salah seorang daripada mangsa yang terperangkap di lif berkenaan yang telah menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan bantuan.