Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk 19 TERPERANGKAP LEBIH SEJAM DALAM LIF
Akhbar SINAR HARIAN
Tarikh Siaran 05-01-2015
Kategori AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DATO' DR. RAJA LOPE AHMAD BIN RAJA ARIFFIN (Pengarah) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Maklum Balas Pihak hospital mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan dan amat bersimpati di atas kejadian yang menimpa 19 orang pelawat pada 1 Januari 2015 yang lalu. Daripada siasatan didapati bahawa kakitangan perkhidmatan sokongan hospital (Faber Mediserve) telah mengambil tindakan segera selepas menerima panggilan loceng kecemasan dari lif no.4. Namun begitu, pintu lif tidak dapat dibuka kerana terdapat kerosakan pada mekanisme mekanikal "Coupler Actuator" dan "Coulper Nylon Roller" yang memerlukan kakitangan kompeten dari pehak pembekal lift untuk membuka pintu lift tersebut. Pihak hospital telah menghubungi pembekal dengan segera supaya menghantar kakitangan kompetan bagi membuka pintu lif tersebut. Wakil pihak pembekal telah tiba dilokasi pada jam 6.20 petang dan orang awam yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan selamat. Pihak hospital mendapati bahawa segala prosedur telah dipatuhi. Walau bagaimanapun kerosakan mekanikal adalah diluar jangkaan yang menyebabkan operasi pintu lif mengambil masa yang lama. Pihak hospital telah membaiki kerosakan pada lif no.4 dan membuat pemantauan secara berterusan untuk memastikan kejadian ini tidak berulang lagi. Sememangnya pihak hospital amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan di hospital ini.