Print
Tajuk HOSPITAL DUNGUN DISAMAN RM1JUTA
Akhbar KOSMOS
Tarikh Siaran 15-11-2014
Kategori AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR.HJ MOHAMMAD BIN OMAR, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)
Maklum Balas Setelah merujuk kepada beberapa siarran akhbar hari ni yang telah menyiarkan adauan seorang pelajar UITM mendakwa menjadi buta setelah mendapat rawatan mata di Hospital Dungun pada 13 November 2013 lepad kerana URTI dan bilateral conjunctivitis. Diberi rawatan pesakit luat oleh Pegawai Perubatan (tab Amaxycilin, Sr Benadryl dan CMC ointment), tetapi didakwa telah timbul kesan sampingan, kulit kemerahan. Pecah, berair dan penglihatan semakin kabur, didakwa sebagai telah mengalami kebutaan. Pihak peguam belajar dikatakan telah mengemukakan saman dimahkamah sesyen Kuala Lumpur semalam dan diberitahu akan menyerahkan writ saman kepada paintif dalam minggu depan. Sehubungan dengan itu, siasatan dalam oleh pihak Hospital Dungun telah dibuat sebagaimana dengan laporan berkembar. Hasil siasatan mendapati bahawa, pesakit disyaki mengalami ‘anaphylactic reaction’ terhadap Amaxycilin namun tiada sejarah alergik diketahui sebelum ini bagi pesakit berkenaan. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya didapati tiada sebarang unsure kecuaian yang nyata di dalam pengendalian kes ini, namun didapati Pegawai Perubatan yang merawat pesakit tidak mematuhi Garis Panduan penggunaan antibiotic yang telah diedarkan.