Print
Tajuk Tempat Penyandar Kerusi Doktor di Jabatan Kecemasan Trauma Tiada
Akhbar BERITA HARIAN
Tarikh Siaran 21-11-2014
Kategori RAKAN
Dikeluarkan Oleh DR. HJ. JAMALUDDIN BIN AHMAD Timbalan Pengarah Hospital (Pembedahan)
Maklum Balas Terlebih dahulu pihak pengurusan hospital mengucapkan terima kasih kepada ROZINAN :BHA37956 di atas keprihatinan dan kesudian tuan mengemukakan isu berkenaan. Walau bagaimanapun, semasa siasatan ke lokasi dijalankan didapati, kerusi berkenaan telah digantikan dengan kerusi yang bersesuaian. Untuk makluman tuan, pihak pengurusan hospital telah mengagigkan sebanyak dua puluh empat (24) buah kerusi pelbagai jenis untuk keperluan anggota dan para pelanggan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Namun yang demikian, dari semasa ke semasa pihak pengurusan hospital akan menambah bilangan kerusi sedia ada bagi kemudahan anggota dan khususnya para pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di hospital ini. Sekian, terima kasih.