Print
Tajuk PARKIR HOSPITAL SESAK
Akhbar HARIAN METRO
Tarikh Siaran 02-01-2015
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh Dr.Aminnudin bin Tauhid, Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Sungai Buloh
Maklum Balas Pertambahan bilangan pesakit telah menyebabkan pertambahan kenderaan sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan parker di Hospital Sungai Buloh. Untuk makluman, cadangan pembinaan parkir bertingkat telah diusulkan oleh pihak pengurusan hospital kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi mengatasi isu kekurangan parker, pihak pengurusan hospital sentiasa memastikan pasukan keselamatan hospital membantu dalam melancarkan aliran trafik di kawasan parkir terutama pada waktu puncak. Pesakit yang datang dengan kenderaan yang dibawa oleh waris masing-masing boleh diturunkandi drop zone berhampiran cafeteria dan menunggu di kerusi yang disediakan sebelum mendapatkan rawatan di klinik. Selain parker yang sedia ada, pihak pengurusan hospital juga telah menyediakan parkir tambahan yang terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara. Pelawat boleh meletakkan kenderaan mereka di sama dan hanya perlu berjalan kurang dari 10 minit untuk meneruskan urusan mereka di hospital. Bagi memastikan parkir di Pusat Kawalan Kusta Negara digunakan sepenuhnya pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh akan menghebahkan tentang parkir tambahan tersebut.