Print
Tajuk 19 TERPERANGKAP LEBIH SEJAM DALAM LIF
Akhbar SINAR HARIAN
Tarikh Siaran 06-01-2015
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR.RAJA LOPE AHMAD BIN RAJA ARIFFIN (Pengarah) Hospital Raja Permaisuri Bainun
Maklum Balas Pihak hospital mengucap terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan dan amat bersimpati diatas kejadian yang menimpa 19 orang pada 1 januari yang 2015 yang lalu. Daripada siasatan didapati bahawa kaitangan perkhidmatan sokongan hospital (Faber Mediserve) telah mengambil tindakan segera selepas menerima panggilan loceng kecemasan dari lif no.4. namun begitu, pintu lif tidak dapat dibuka kerana terdapat kerosakkan pada mekanisme mekanikal ‘Coupler Actuator’ dan ‘Coupler Nylon Roller’ yang memerlukan kakitangan kompeten dari pihak pembekal lif untuk membuka pintu lif tersebut. Pihak hospital telah menghubungi pihak pembekal dengan segera supaya menghantar kakitangan kompetan bagi membuka pintu lif tersebut. Wakil pihak pembekal telah tiba dilokasi pada jam 6.20 petang dan orang awam yang terperangrap Berjaya dikelurakan dengan selamat. Pihak hospital mendapati bahawa segala prosedur telah dipatuhi. Walaubagaimanapun kerosakan mekanikal adalah diluar jangkaan yang menyebabkan operasi membuka pintu lif mengambil masa yang lama. Pihak hospital telah mebaiki kerosakkan pada lif no.4 dan membuat pemantauan secara berterusan untuk memastikan kejadian ini tidak berulang lagi. Sememangnya pihak hospital ama prihatin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan di hospital ini.