Tajuk Memohon Pihak Pentadbiran, Hospital Kuala Kangsar buat pemantauan terhadap pengusaha kantin hospital
Akhbar HARIAN METRO
Tarikh Siaran 28-01-2015
Kategori RUANGAN SETEMPAT
Dikeluarkan Oleh DR.HJ. RAHIMI BIN GOON, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)
Maklum Balas Untuk makluman tuan, siasatan telah dijalankan bagi menyiasat perkara di atas. Pihak Hospital Kuala Kangsar mengambil serius berkenaan isu yang dibangkitkan dari pengusaha kantin telah dinasihatkan agar mengamalkan cara pengendalian makanan yang betul dan mengikut standard yang telah ditetapkan. Pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh pengusaha kantin dan juga pihak hospital agar makanan yang bersih dan selamat dihidangkan kepada pelanggan begitu juga dengan peralatan penyediaan dan bungkusan makanan. Pihak kami berterima kasih kerana keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini. Segala prihatin dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.