Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk RAMAI PESAKIT WARGA MYANMAR
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 10-04-2015
Kategori Aduan SMS
Dikeluarkan Oleh DR. MOHD HANIF BIN ZAILANI (Pakar Perubatan Kesihatan Awam)
Maklum Balas Klinik Ibu dan Anak Cheras adalah di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Dengan anggaran populasi kawasan operasi sejumlah 125,000 orang, perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah hanya Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak sahaja tanpa Perkhidmatan Pesakit Luar. Bilangan kedatangan pelanggan sehari adalah di antara 270-280 orang yang mana 17% (45-50 orang) adalah dikalangan pelanggan warganegara asing. Sehingga 31 Mac 2015 dari sejumlah 1106 pelanggan telah berdaftar bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan ibu hamil, kanak-kanak dan perancang keluarga, didapati 5.3% adalah di kalangan warganegara asing terutama Myanmar. Buat masa ini tiada sebarang polisi membezakan atau menghadkan kedatangan / perkhidmatan yang disampaikan kepada warganegara dan bukan warganegara melainkan dari segi kadar caj yang dikenakan. Oleh itu, pelanggan bukan warganegara yang telah membuat bayaran perkhidmatan mengikut caj yang ditetapkan akan menerima perkhidmatan yang sama seperti warganegara. Mengawal kedatangan warganegara asing dari mendapatkan perkhidmatan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan adalah di luar kawalan pihak kami. Walaubagaimanapun bagi warganegara asing tanpa dokumen sah, makluman kepada pihak imigresen akan dibuat selepas perkhidmatan diberikan.