Print
Tajuk Kekeliruan Masa Temujanji di Kaunter Pendaftaran
Akhbar Utusan
Tarikh Siaran 10-04-2015
Kategori Aduan SMS
Dikeluarkan Oleh Datuk Dr Nora'i binti Mohd Said (Pengarah Hospital Putrajaya)
Maklum Balas Hospital Putrajaya (HPj) mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diterima. Untuk maklumam tuan, pihak kami ingin menjelaskan bahawa masa yang tercatat dalam buku temujanji pesakit adalah masa untuk berjumpa dengan pegawai perubatan di klinik pakar. Pihak kami memohon maaf sekiranya kekeliruan ini telah member kesulitan kepada tuan ketika berurusan di HPj. Sehubungan dengan ini pihak kami akan memastikan semua pegawai yang bertugas dikaunter pendftaran memahami prosedur pendaftaran dikaunter dan member penerngan yang terpeinci kepada pelanggan di hospital. Pihak hospital sentiasa memandang serius terhadap setiap maklumbalas yang diterima dari pelanggan kami. Adalah menjadi harapan pihak kami bahawa tuan telah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Pihak HPj amat menghargai keprihatinan tuan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatn di Hospital Putrajaya. Sekian, terima kasih.