Print
Tajuk Klinik Diroboh Separuh Timbul Tanda Tanya
Akhbar Sinar Harian bertarikh 20 Januari 2014
Tarikh Siaran 20-01-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR ISMAIL BIN ALI TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (KESIHATAN AWAM )
Maklum Balas Laporan: Klinik Desa Batang Melaka mula dibina pada tahun 1958 sebagai Rumah Bidan Kerajaan dan kemudian dinaik taraf sebagai Klinik Desa (KD) pada tahun 1962. Jumlah penduduk kawasan operasi KD Batang Melaka ialah seramai 9960 orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Pada 12 Disember 2012 perkhidmatan KD berkenaan telah dipindahkan ke Klinik Kesihatan Selandar kerana tidak selamat diduduki disebabkan oleh masalah anai-anai. Surat daripada JKR yang mengisytiharkan bangunan tidak selamat diduduki telah diterima pada 5 Februari 2013. Untuk makluman, selain daripada perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Selandar, penduduk setempat juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan yang berhampiran iaitu: i) Klinik 1 Malaysia Batang Melaka jaraknya 1 km dari Klinik Desa lama - Perkhidmatan disediakan rawatan pesakit luar dan kecemasan - Perkhidmatan beroperasi daripada jam 10.00 pg hingga 10.00 mlm, dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu. - Kakitangan kesihatan bertugas terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan ii) Klinik Desa On Lok jaraknya 5 km dari Klinik Desa Batang Melaka yang memberi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta rawatan ringan iii) Klinik Kesihatan Gemenchih, Negeri Sembilan jaraknya 6 km dari Klinik Desa Batang Melaka. Sejak dibuka pada tahun 2013, K1Msia Batang Melaka telah menerima rawatan pesakit purata 30 – 40 pesakit sehari dan 850 – 900 pesakit sebulan. Tindakan Yang Telah Diambil i) Permohonan untuk penyewaan bangunan/rumah kedai telah dibuat dan sedang dalam proses carian dengan Pejabat Daerah Jasin. Bangunan sewa ini akan menempatkan pekhidmatan kesihatan ibu dan anak. ii) Pihak Pejabat Kesihatan Daeah Jasin telah diarah untuk membuat kerja-kerja memotong dan meracun rumput di kawasan sekeliling di tapak lama KD. iii) Bangunan lama telah dirobohkan, hanya tinggal sisa batu bangunan dan Pejabat Kesihatan Daerah diarah untuk membersih bahagian bangunan klinik di tapak KD dalam masa terdekat. iv) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengemukakan permohonan untuk membina baru sebuah Klinik Desa di tapak sedia ada pada tahun 2012 – 2014 tetapi masih belum mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. v) Meningkatkan hebahan awam kepada penduduk sekitar rawatan pesakit luar dan kecemasan boleh diperolehi di K1Msia Batang Melaka yang terletak 1 km sahaja dari KD lama. Dr Ismail bin Ali Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) 21.1.2014