Print
Tajuk 'Ada pesakit tidur di lantai, bermalam di koridor'
Akhbar Sinar Harian
Tarikh Siaran 28-04-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh DR KULDIP KAUR A/P PREM SINGH (Pengarah Hospital Hospital Kajang)
Maklum Balas Pihak Pengurusan Hospital Kajang terlebih dahulu mengucapkan terima kasih di atas liputan ini. Pihak Hospital sudah sekian lama maklum dengan masalah kesesakan di wad-wad hospital. Oleh yang demikian, langkah-langkah bagi mengoptimakan penggunaan katil-katil, ruang-ruang wad serta tempoh rawatan pesakit di dalam wad telah diambil. Ini termasuk mobilisasi pesakit antara wad-wad dan penyediaan katil-katil tambahan. Walaubagaimanapun situasi “ada pesakit tidur dilantai, bermalam di koridor” bukanlah fenomena biasa dan tidak berlaku dalam situasi semasa. Permohonan bagi pembangunan semula Hospital Kajang termasuk cadangan pembinaan sebuah hospital baru telah pun dikemukakan dan sedang menunggu kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab. Pihak kami berharap cadangan ini dapat direalisasikan. Jika pembangunan ini dilaksanakan, ia dijangka akan dapat menangani masalah kesesakan hospital yang sedang berlaku sekarang dan seterusnya menyediakan persekitaran rawatan yang lebih selesa serta kondusif kepada pelanggan. Sekian, terima kasih.