Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk Susun Rokok di Kabinet Merupakan Satu Pengiklanan? Dan Pemilik Kedai Berasa Tidak Berdaya Kerana Terlibat Dalam Kes Mahkamah
Akhbar Sin Chew Daily
Tarikh Siaran 07-05-2015
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DATUK DR. GHAZALI BIN OTHMAN (PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA)
Maklum Balas Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin merujuk kepada laporan akhbar Sin Chew Daily pada 7hb Mei 2015 mengenai aduan peruncit pasar mini yang tidak berpuas hati kerana diambil tindakan mahkamah. Sehubungan itu, Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pada 22 Mac 2015 dua (2) notis kesalahan telah dikeluarkan terhadap pengusaha pasar mini Sin Chye Guan di Taman Perkota, dalam Daerah Melaka Tengah bagi dua (2) kesalahan dibawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Kesalahan pertama adalah kerana menjual rokok dibawah harga minimum yang ditetapkan yang merupakan kesalahan dibawah peraturan 8D(1) PPKHT 2004. Manakala kesalahan kedua adalah kerana mempamerkan iklan hasil tembakau yang merupakan satu kesalahan dibawah Peraturan 4(1) PPKHT 2004. Bagi kesalahan pertama dibawah peraturan 8D(1), peruncit telah menjual satu jenama rokok dengan harga RM 5.00 sekotak iaitu di bawah harga minimum rokok ditetapkan iaitu RM7.00 sekotak kepada anggota kesihatan yang menyamar sebagai pelanggan bagi keselahan kedua di bawah peraturan 4(1)(a), sebanyak 2 peranti iklan yang dipasang telah dirampas dimana atas permukaan terdapat satu paket rokok . Kenyataan peruncit megenai kesalahan kedua adalah bertentangan dengan fakta-fakta yang diperolehi semasa serbuan dibuat. Peruncit juga enggan untuk memberi maklumat mengenai siapakah pembekal yang memasang peranti tersebut di premisnya. Memandangkan kesalahan kedua yang tidak boleh dikompaun maka arahan kehadiran ke mahkamah adalah prosedur yang lazim diamalkan menurut format notis kesalahan yang ditetapkan dibawah PPKHT 2004. Suhubungan itu , Jabatan ini ingin menegaskan bahawa 2 tindakan yang dikenakan terahadap peruncit tersebut adalah bagi 2 kesalahan yang berbeza iaitu peranti iklan rokok dan menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok , dan bukanlah kerana susunan rokok diatas rak dalam kabinet yang dikatakan pengiklanan. Jabatan ini juga ingin memberi peringatan kepada semua peruncit rokok agar tidak melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,contohnya menjual rokok tanpa amaran kesihatan bergambar,menjual rokok di bawah harga minuman rokok atau menjual rokok sebatang-batang. Jabatan ini juga menasihatkan semua peruncit rokok jangan membenarkan mana –mana pembekal rokok memasang sesuatu peranti yang memberi gambaran atau mempuyai ciri-ciri iklan. Peruncit seharusnya mendapatkan pengesahan secara bertulis untuk menangung liabiliti sekiranya peranti itu menyalahi peruntukan iklan hasil tembakau. Jabatan Kesihatan tidak teragak –agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahi peruntukan PPHKT 2004.