Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk UM 0106 - Fasiliti Hospital Kerajaan
Akhbar Utusan Malaysia
Tarikh Siaran 01-06-2015
Kategori Aduan SMS
Dikeluarkan Oleh Dr. Erlendawati Mohd Anuar
Maklum Balas Untuk makluman tuan / puan, Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari bahawa kemudahan hospital dan bilangan serta kemahiran kakitangan sedia ada sentiasa perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan mempertingkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan rawatan kuratif berkualiti di hospital KKM di seluruh negara. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh KKM dalam menangani isu kesesakan pesakit di hospital-hospital kerajaan adalah: a. Mempertingkatkan bilangan katil sedia ada dengan membangunkan hospital hospital baru dimana dalam tempoh RMK 11 sebanyak 6 buah hospital akan dibangunkan sebagai contoh Hospital Bentong dan Hospital Kemaman. b. Merujuk pesakit yang telah stabil, tidak lagi memerlukan rawatan akut dan pemerhatian berterusan yang diberikan di hospital pakar ke hospital lain (tanpa pakar) yang bersesuaian. Kemudahan/ katil di hospital berpakar ini kemudiannya dapat diberikan kepada pesakit lain yang lebih memerlukan. c. Merujuk pesakit ke hospital berhampiran yang mempunyai kemudahan setaraf dengan fasiliti yang merujuk atau bersesuaian dengan rawatan yang diperlukan pesakit apabila berlaku kekurangan sumber(katil) untuk tempoh waktu yang pendek sebagai contoh antara Hospital Tengku Ampuan Rahmah Klang(HTAR) dengan Hospital Banting apabila kemasukan pesakit akibat wabak Denggi meningkat secara mendadak dan bilangan katil sedia ada tidak dapat menampung bilangan pesakit. d. menyediakan kemudahan pengangkutan untuk digunakan bagi membawa kes-kes kecemasan atau bukan kecemasan bagi memastikan keselamatan pesakit yang dirujuk berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil.2/ 2012 Garis Panduan Penambahbaikan Perkhidmatan Ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia. e. kerjasama networking melalui konsep Hospital Cluster di antara hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di mana pakar-pakar memberi perkhidmatan pesakit dalam setiap hari di hospital tanpa pakar bagi meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran kepada penduduk di luar bandar dan seterusnya mengurangkan kesesakan pesakit di hospital berpakar. f. menggerakkan Inisiatif Lean Healthcare yang bertujuan melihat keseluruhan proses kerja dan meningkatkan kecekapan proses dengan menghapuskan langkah-langkah yeng membazir dan bukan penambah nilai. Ini terbukti dapat mengurangkan proses masa menunggu pesakit, melancarkan pergerakan pesakit dalam menerima rawatan dan membantu mengurangkan terutamanya di hospital-hospital berpakar. g. Mempertingkatkan perkhidmatan rawatan harian dimana pesakit pesakit tidak perlu dimasukkan kedalam wad untuk menjalani perkhidmatan tertentu seperti endoskopi dan prosedur tertentu. h. Membangunkan infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan tertentu diluar kawasan hospital bagi mengurangkan kesesakan di hospital sebagai contoh Pusat Pembedahan Kataraks Hospital Selayang, Pusat Rehabilitasi Komuniti bagi Pesakit Psikiatri dan Pusat Bersalin Berisiko Rendah Hospital Putrajaya. i. Menyediakan perkhidmatan Pos Laju yang menghantar preskripsi ubat-ubatan kepada pesakit pesakit tertentu terus kerumah dimana pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkan ubat-ubatan. Ini mengurangkan kesesakan di hospital dan menjimatkan tenaga dan masa bagi pesakit pesakit. Pihak KKM memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi semasa berurusan dengan pihak kami. Sekian, terima kasih.