Tajuk Harian Metro -Bot Ambulans
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 10-06-2015
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr. Abu Bakar bin Awang Ngah (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) JKN Pahang)
Maklum Balas Siasatan telah dijalankan dan mendapati aduan adalah tidak berasas. Bot ambulan KK Tekek diperolehi melalui proses sebutharga pada 3 September 2013 dengan nilai perolehan sebanyak RM350000 melalui syarikat yang dipilih. Spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan bot ambulans adalah menepati standard piawai telah diberi perhatian utama oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Rompin dalam pemilihan syarikat pembekal. Penyelenggaraan berkala juga mengikut jadual yang ditetapkan dan pembaikan bagi sebarang kerosakan turut diambil tindakan segera oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah.