Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk Tempoh Mendapatkan Rekod Perubatan
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 30-06-2015
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr. Erlendawati Binti Mohd Anuar (Ketua Penolong Pengarah Kanan )
Maklum Balas Terlebih dahulu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan / puan membangkitkan perkara ini melalui akhbar Harian Metro. Pihak kami amat mengalu-alukan cadangan serta pandangan daripada orang ramai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. 3. Untuk makluman tuan / puan, tempoh penyediaan Laporan Perubatan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditetapkan seperti berikut sejak tahun 2008 Hospital Negeri dan Hospital Berpakar akan menyediakan Laporan Perubatan dalam tempoh 4 minggu setelah penerimaan permohonan lengkap. Hospital Tanpa Pakar akan menyediakan Laporan Perubatan dalam tempoh 2 minggu setelah penerimaan permohonan lengkap. Tempoh penyediaan Laporan Perubatan telah menjadi Key Performance Indicator (KPI) Menteri Kesihatan pada tahun 2012 dan ia juga merupakan National Indicator Approach (NIA) untuk aktiviti kualiti Perkhidmatan Rekod Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tempoh masa penyediaan Laporan Perubatan ini telah mengambil kira proses-proses yang melibatkan termasuklah Penerimaan borang permohonan yang lengkap daripada pemohon, Bayaran, Rekod Perubatan Pesakit (Pengesanan), Penyediaan Draf Laporan (Pegawai Perubatan/Pegawai Perubatan Pakar), Penyediaan Laporan yang ditaip, Pengesahan Laporan dan tandatangan penyedia, Makluman kepada pemohon, Mana-mana gangguan ke atas proses di atas akan menyebabkan kelewatan dalam penyediaan Laporan Perubatan. Walaubagaimanapun pihak hospital sentiasa berusaha untuk memastikan penyediaan laporan perubatan diberi keutamaan. Pihak kementerian memohon supaya pengadu dapat memberikan butiran terperinci berkaitan aduan di atas bagi membantu siasatan dibuat ke atas kelewatan ini. Pihak KKM memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi semasa berurusan dengan pihak kami. Sekian, terima kasih.