Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo

Pelawaan Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelawaan Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia 

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota 
Kementerian Kesihatan Malaysia (kecuali anggota di bawah Skim Gunasama dan jawatan Kader) bagi pengajian sesi 2018 secara sepenuh masa telah dibuka 
pada 4 April 2017 (jam 3.00 petang).

3.         Pegawai yang berkelayakan dan berminat boleh memuat turun tatacara dan garis panduan permohonan serta dokumen-dokumen berkaitan seperti 
pautan di bawah:-

 

 


 

1. LAMPIRAN C1

2. LAMPIRAN C2

3. LAMPIRAN C3

 

 4. Setiap borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari) beserta dokumen-dokumen seperti senarai semak di Lampiran III ke alamat berikut:-

 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari).

 

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

i)          Pn. Jaarah binti Mat, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)

            No. Tel                        : 03-8885 0600 Ext 6184

            Emel                           : jaarah@moh.gov.my  
 

ii)         Nor Azhar bin Kamaludin, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)

            No. Tel                        : 03-8885 0600 Ext: 6187

            Emel                           : norazhar.k@moh.gov.my

 

iii)         Nor Izianie binti Ab Halim, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pelaksana)

            No. Tel                        : 03-8885 0600 Ext: 6189

            Emel                           : psuldpsatu@moh.gov.my

 

 

 

Sekian terima kasih.

 

 

boleh disemak melalui pautan berikut> http://pengiktirafan.jpa.gov.my


  •  
  • Print
  • Email this page