PROGRAM DESIGN THINKING INNOVATION AMBASSADOR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2017
2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dengan kerjasama Genovasi Malaysia akan mengadakan Program Design Thinking Innovation Ambassador (DTIA) KKM pada 6-10 November 2017. Maklumat lanjut Program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh |
Tempat |
6-9 November 2017 |
Genovasi Malaysia, Petaling Jaya |
10 November 2017 |
Pejabat masing-masing |
3. Objektif Program ini adalah untuk memberi pendedahan budaya inovasi dan metodologi pemikiran khusus (Design Thinking) dari perspektif pemikiran inovasi. Pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) menerusi pautan: http://bit.ly/DTIAMOH pada atau sebelum 3 Oktober 2017 (Selasa). Pemilihan peserta bagi Program ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Genovasi Malaysia.
4. Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, kemudahan makan minum sahaja yang akan disediakan oleh BPL manakala penginapan dan tuntutan perjalanan adalah di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. Pegawai yang berminat adalah dijemput untuk membuat permohonan penyertaan secara atas talian dan mengemukakan sesalinan borang tersebut melalui alamat emel: teoh.enwan@moh.gov.my atau nurazian.z@moh.gov.my untuk tujuan rekod.
5. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Cik Teoh En Wan di talian 03-8885 0691 atau Puan Nurazian binti Zolkifli di talian 03-88850730.
Sekian, terima kasih.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia