Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 

bm en

Perutusan CIO

tksuk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Natijah penegasan ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan slogan "KAMI SEDIA MEMBANTU" sentiasa memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi dengan menekankan tiga nilai teras iaitu Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan. Dalam menjayakan Visi dan Misi Kementerian ini, data dan maklumat merupakan antara aset yang amat penting disediakan supaya setiap perancangan dan keputusan seharusnya dilaksanakan berteraskan maklumat dan informasi yang tepat.Dalam aspek ini, Portal Rasmi KKM telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh orang awam, sektor swasta dan warga KKM. Portal rasmi ini menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai:

                (a) Peneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik
                  
Kementerian/Negeri/Agensi dan ISP Sektor Awam;                        

                (b) Melaksana dan Menyelaras Penggunaan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global;

                (c) Menyelaras Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian perkhidmatan Sektor Awam; dan

                (d) Melaksana dan Menyelaras Inovasi Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT.

Pembangunan portal KKM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital dan Strategi e-Kerajaan yang penting untuk memacu pertumbuhan yang mapan dan saksama.Keseimbangan adalah penting kerana kesalinghubungan digital mampu menggalakkan pertumbuhan di seluruh Malaysia dan menyediakan tenaga kerja dengan kemahiran yang tepat untuk masa hadapan.

Akhir kata, KKM akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dan berkesan serta selaras dengan aspirasi kerajaan baharu yang menekankan kepada good governance serta tadbir urus yang baik dan berkesan. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya penjawat awam berupaya menggunakan portal KKM dengan mudah. Saya menyeru semua supaya memanfaatkan Portal KKM.

"It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver"
                                                                     
-Mahatma Gandhi

 


Kemaskini pada 2020-09-06 21:01:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page