|
Pengawalan Pengambilan Garam di Tempat Kerja Kajian menunjukkan bahawa para pekerja dan orang muda lebih tinggi pengambilan garam di dalam diet mereka berbanding mereka yang lebih tua dan selalu duduk di rumah. Pengurangan pengambilan garam di dalam diet memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Antaranya ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan bagi mereka yang sudah menghidap hipertensi, pengurangan garam dapat mengawal tekanan darah anda dan membantu ubat hipertensi supaya ia lebih berkesan. Pengurangan garam juga mengurangkan risiko mendapat serangan jantung dan strok. Sila tonton video tutorial dibawah untuk mempelajari lebih lanjut Video tutorial: https://youtu.be/MwlB8CjpRW8 Maklumat lanjut: https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2026?mid=704 |
Kemaskini pada 2020-06-24 17:04:20 daripada kospenp_admin


