BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
VISI
Memastikan KKM mempunyai tenaga manusia yang terlatih dan kompeten bagi menyokong sistem penyampaian kesihatan negara
MISI
- Menggubal dan mengkaji semula dasar latihan KKM yang strategik dan responsif
- Menyediakan unjuran keperluan tenaga manusia kesihatan selaras dengan nisbah keperluan mengikut norma yang ditetapkan
- Membangunkan pelan latihan tenaga manusia kesihatan yang komprehensif dan sesuai dengan keperluan tahap kompetensi perkhidmatan anggota
- Memastiakn usaha penambahbaikan berterusan dilaksanakan di dalam perancangan dasar dan program latihan KKM
- Meningkatkan pembangunan Institusi Latihan KKM bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan aspirasi KKM
- Meningkatkan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Swasta untuk memastikan keperluan sumber manusia KKM yang mencukupi tercapai
OBJEKTIF
Untuk membangunkan modal insan KKM yang cemerlang melalui pelan latihan yang strategik
PIAGAM PELANGGAN
1. Unjuran keperluan dan bekalan sumber manusia kesihatan akan disediakan pada bulan Jun setiap tahun
2. Laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi Institusi Latihan KKM akan disediakan pada bulan
Mac dan September setiap tahun.
3. Setiap kajian semula kurikulum akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan, jikalau maklumat daripada
semua program institusi latihan adalah lengkap.
4. Tawaran kepada calon latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) akan diedarkan tidak
lebih daripada 14 hari sebelum kursus bermula.
5. Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti sarjana perubatan akan diedarkan kepada
calon yang berjaya sebelum 15 Mei setiap tahun.
6. Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti Sarjana/ PhD/ lain-lain perkhidmatan akan
diedarkan kepada calon yang berjaya dalam tempoh 30 hari selepas selesai urusan temuduga
7. Bayaran pendahuluan diri dan lain-lain bayaran untuk menghadiri kursus jangka pendek luar
negara akan dibuat dalma tempoh 30 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
8. Keputusan peperiksaan latihan basik akan diumumkan kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu
selepas tamat peperiksaan.
9. Keputusan rayuan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh 21 hari selepas
tamat tempoh rayuan
10. Bayaran biasiswa pelatih basik akan dibuat oleh Institusi Latihan KKM dalam tempoh 2 bulan
selepas pelatih melapor diri.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, Bangunan Plot 3 C4
No. 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia
Tel :03-8885 0600
Faks :03-8885 0748
URL : http://latihan.moh.gov.my