Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Bahagian Pembangunan Kompetensi

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 
 

VISI:
Berazam melaksanakan Pembangunan Kompetensi dan Potensi sebagai usaha membudayakan pembelajaran berterusan dan pembangunan kerjaya personel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


MISI:
Menjadikan Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK) sebuah organisasi yang dinamik, relevan dan efisyen dalam membangunkan kompetensi personel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


OBJEKTIF:
1. Memastikan urusan Penilaian dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi dikendalikan secara cekap dan berkesan untuk:-
a. Mengenalpasti pegawai dan anggota yang berkompetensi dan berpotensi untuk kemajuan dan pembangunan kerjaya pegawai, dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi, dan melahirkan pegawai berprestasi tinggi;
b. Memantapkan keupayaan sumber manusia supaya lebih kompeten, berpengetahuan dan memiliki ciri- ciri peribadi yang positif ke arah peningkatan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.

2. Memainkan peranan penting dalam Penilaian dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi penjawat awam KKM di bawah konsep Pengurusan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi dan Potensi.
 

FUNGSI:
1. Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM

2. Merancang dan menyediakan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM.

3. Memantau dan menjalankan naziran pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM serta mengambil langkah penambahbaikan yang berkaitan.

4. Merancang dan melaksanakan Peperiksaan Subjek Jabatan bagi skim-skim perkhidmatan bukan guna sama di KKM.

5. Merancang dan melaksanakan Program Competency Based Training (CBT) bagi Ibu Pejabat, KKM.

Muat Turun Kit Pengurusan
 

PIAGAM PELANGGAN:

1. Mengeluarkan Takwim Peperiksaan Subjek Jabatan KKM dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh peperiksaan.

2. 
Melaksanakan penggubalan solan sekurang kurangnya sekali dalam satu tahun bagi 15 skim yang terlibat dengan peperiksaan subjek jabatan.

3. 
Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan KKM dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh peperiksaan dilaksanakan.



Setiausaha Bahagian 
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok A Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : 03-22628400 (General Line)
Faks : 03-26971002 (Admin)
03-22798166 (Unit Peperiksaan)
03-22798266 (Unit PSK)
03-22798270 (Unit Kursus / CPD)
URL : http://kompetensi.moh.gov.my

 


  •