BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PIAGAM PELANGGAN
BIL |
PERKHIDMATAN |
PIAGAM |
1 |
Pengagihan Semua Waran Peruntukan |
Mengagihkan semua waran peruntukan kecil dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan waran asal |
2 |
Pembayaran Gaji dan Elaun |
Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota-anggota Ibu Pejabat yang baru dilantik dan bertukar masuk serta perubahan gaji dan elaun bagi anggota sedia ada dilaksanakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh menerima surat kebenaran dan dokumen-dokumen berkaitan |
3 |
Pembayaran Bil |
Semua bil dibayar dalam tempoh sepuluh hari (10) dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap |
4 |
Pergerakan Gaji Tahunan dan Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) |
Memastikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia diadakan selewat-lewatnya pada bulan MAc supaya penyampaian keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia dilaksanakan pada selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan April. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan selewat-lewatnya bulan Jun dan pergerakan gaji bulan Januari dan April dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Julai. |
5 |
Faedah Persaraan |
Memastikan faedah persaraan diterima oleh pesara selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) bulan selepas persaraan. |
6 |
Memberi Khidmat Selenggara Bangunan |
Memastikan semua aduan kerosakan kecik/kebersihan bangunan diselesaikan oleh syarikat penyelenggara dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima. Sekiranya tidak diselesaikan, laporan akan dihantar kepada pihak JKR. |
7 |
Penyewaan Ruang Pejabat Baru / Lanjutan |
Memproses kelulusan penyewaan ruang pejabat dalam masa lapan (8) bulan dari tarikh permohonan lengkap. |
8 |
Memproses Penghantaran Surat |
Memproses penghantaran semua surat dari Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat: · Surat pos biasa dihantar ke Pejabat Pos selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang setiap hari · Surat pos laju dipungut selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari · Penghantaran cepat (dispatch) bergerak pada jam 9.30 pagi setiap hari |
9 |
Penyediaan Pas Keselamatan |
Menyediakan pas keselamatan dan menyerahkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan. |
10 |
Permohonan Penggunaan Kenderaan |
Memastikan maklumbalas diberi dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan, dengan syarat permohonan diterima tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan kenderaan. |
11 |
Permohonan Kelulusan ke Luar Negara Rasmi dan Persendirian |
Memaklumkan keputusan permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi (perjalanan kurang daripada dua (2) minggu) dan urusan persendirian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
12 |
Penyediaan Anggota Pasukan Perubatan untuk Berkhidmat di Tanah Suci pada Musim Haji |
Memaklumkan keputusan permohonan menganggotai Pasukan Perubatan yang akan berkhidmat di Tanah Suci pada musim haji dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tutup permohonan. |
13 |
Perkhidmatan Kaunseling |
Kes rujukan dikendalikan dalam masa tujuh (7) hari berkerja. |
14 |
Pencarian Buku |
Sistem Perpustkaan i. Online Public Access Catalog (OPAC) : 3 minit ii. Manual : 5 minit |
15 |
Pertanyaan Rujukan/ Pencarian Artikel |
Pertanyaan rujukan atau permohonan pencarian artikel akan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan permohonan. |
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, 7 & 8, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia
Tel : 03-8883 2982
Faks :03-8888 6221
URL: http://pengurusan.moh.gov.my