MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kenyataan Akhbar : Menteri : Insiden Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu


Kenyataan Akhbar : Menteri : Insiden Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu


Tajuk Insiden Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu
Penerangan

image

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI PADA 13 MAC 2013

 

Pada 12 Februari 2013, telah berlaku  insiden pencerobohan tentera Sulu  di Kampung Tanduo, Lahad Datu dimana seramai lebih kurang 100 orang tentera Sulu telah memasuki di Kampung Tanduo.

 

Pada 19 Februari 2013, Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah dibuka untuk menyelaraskan kesiapsiagaan menangani krisis termasuklah menilai aspek keselamatan di klinik-klinik yang berhampiran, persediaan kesiapsagaan klinik-klinik dan hospital-hospital.

 

Hospital Lahad Datu mempunyai 268 katil pesakit dengan 4 buah katil unit rawatan rapi. Antara bidang kepakaran yang terdapat di Hospital Lahad Datu adalah Pembedahan, Ortopedik, Perubatan Dalaman, Pediatrik, Bius serta Obstetrik dan Ginekologi ( sakit puan ).

 

Sebagai persiapan menghadapi krisis pencerobohan ini, satu pasukan perubatan yang diketuai oleh Pakar Kecemasan dan Trauma telah dihantar untuk membantu Hospital Lahad Datu. Setakat ini 6 pasukan perubatan telah pun dihantar secara bergilir, dimana 2 daripada pasukan perubatan ini telah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku, Lahad Datu bagi membantu kor perubatan tentera yang bertugas di kawasan  zon merah.

 

Selain itu, sebuah wad dengan kapasiti 28 buah katil telah dikhaskan untuk merawat pasukan keselamatan, manakala bekalan darah hospital juga dipastikan mencukupi untuk menghadapi krisis ini.

 

Bermula pada 06 Mac 2013, penduduk kampung telah mula berpindah ke beberapa pusat pemindahan mangsa perang.

 

Sehingga 12 Mac 2013, terdapat 4 Pusat Pemindahan Mangsa Perang di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu yang menempatkan seramai 2,369 orang mangsa:

i)             Dewan Embara Budi dibuka pada 06 Mac 2013 yang menempatkan 468 orang mangsa; 

ii)            Dewan Fajar Harapan dibuka pada 06 Mac 2013 yang menempatkan 1,193 orang mangsa; 

iii)           Dewan Cenderawasih dibuka pada 06 Mac 2013 yang menempatkan 540 orang mangsa 

iv)           Dewan Gemala Pura dibuka pada 12 Mac, 2013 yang menempatkan 168 orang mangsa

 

Bermula 06 Mac 2013 juga, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu telah menubuhkan Pasukan Kesihatan dan Pasukan Perubatan bagi memantau status kesihatan dan persekitaran di pusat pemindahan tersebut.

 

Sebanyak 6 pasukan ditubuhkan terdiri yang daripada 3 pasukan kesihatan dan 3 pasukan perubatan dengan jumlah keseluruhan anggota terlibat seramai  44 orang.

 

Pasukan perubatan ditugaskan untuk memeriksa, merawat pesakit, melaporkan kejadian penyakit berjangkit serta merujuk pesakit untuk rawatan lanjut ke hospital yang berdekatan sekiranya perlu.

 

Pasukan kesihatan pula bertanggungjawab untuk memeriksa kebersihan dan kesihatan persekitaran, kemudahan asas seperti tandas, pelupusan sampah, menjalankan aktiviti pemusnahan jentik-jentik dan disinfeksi. Pasukan ini juga menjalankan pendidikan kesihatan berkaitan kawalan penyakit berjangkit serta kebersihan diri mangsa di pusat pemindahan tersebut.

 

Pasukan Pakar Psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang telah membuat penilaian status mental mangsa-mangsa perang dari segi menilai keperluan psikiatri dan kaunseling. Pasukan juga menjalankan aktiviti relaksasi dan memberi ceramah bagi mengurangkan tekanan kepada mereka.

 

Sehingga 11 Mac 2013, pasukan perubatan telah memeriksa seramai 994 pesakit di pusat pemindahan tersebut. Antara kes yang ditemui adalah jangkitan pernafasan (200 orang), cirit-birit (31 orang), sakit perut (99 orang) dan lain-lain (552 orang). Selain daripada itu, immunisasi kepada 14 orang mangsa dan pemeriksaan kepada 3 orang ibu mengandung juga dilakukan.

 

Manakala pasukan kesihatan telah membuat aktiviti seperti fogging (7) dan disinfeksi (17).

 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan memastikan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa perang ini akan dijalankan dengan baik. Anggota kami akan berusaha dengan cara yang terbaik bagi menangani isu-isu kesihatan dan perubatan. Semua langkah-langkah pencegahan akan dilakukan untuk mengurangkan penyakit berjangkit daripada merebak di pusat-pusat pemindahan mangsa perang ini.

 

 

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

13 MAC 2013

Ditambah pada 14-03-2013

  •  
  • Print
  • Email this page