Tajuk | Makan Secara Sihat Di Tahun Baru Cina “Makan Secara Sihat, Resipi Kehidupan Sihat” ??????????????????? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MAKAN SECARA SIHAT DI TAHUN BARU CINA “MAKAN SECARA SIHAT, RESIPI KEHIDUPAN SIHAT”
4 FEBRUARI 2013
Dalam masa beberapa hari lagi, rakyat Malaysia khususnya kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan berdasarkan kalendar Cina, tahun 2013 merupakan tahun ular. Tidak lengkap sesuatu perayaan itu sekiranya tidak dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Oleh itu, kita cenderung untuk makan secara berlebihan daripada biasa. Pengambilan makanan yang berlebihan di musim perayaan boleh mengakibatkan penambahan berat badan. Pada tahun lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempromosikan mesej ”88888”. Pertama, berhenti makan sebelum kenyang, iaitu lebih kurang 80% kenyang. Kedua, amalkan makan malam sebelum jam 8malam. Ketiga, minum 8 gelas air kosong. Keempat, tidur 8 jam sehari. Kelima, berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah. 10,000 langkah lebih bagus. Tinjauan perubahan status berat badan di kalangan 181 orang dewasa berbangsa Cina di Malaysia mendapati, sebanyak 51.4% responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut Tahun Baru Cina. Secara purata, peningkatan berat badan adalah sebanyak 0.7 kg.
Dalam usaha untuk mempromosikan amalan makan secara sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Restoran Selangor & Wilayah Persekutuan Ku Su Shin Choong Hung telah membentuk 12 resipi sihat bagi makanan istimewa yang dihidang semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kebanyakan resipi telah diubahsuai dengan penggunaan ramuan semula jadi dan kurang gula, garam dan lemak. Hidangan menjadi lebih berkhasiat tanpa mengubah rasa asli makanan tersebut.
Mesej utama pada tahun ini adalah “Sayur-sayuran, Bijirin, Lemak dan Garam, Amalkan3665 Setiap Hari!”
Satu sajian sayur-sayuran bersamaan dengan ½ cawan atau 4 sudu makan sayur-sayuran berdaun hijau (dimasak). Satu sajian bijirin pula bersamaan dengan 2 senduk nasi putih atau 6 keping biskut kraker.
Untuk kekal sihat, kita perlu berhati-hati dan bijak dalam memilih makanan. Ikutilah panduan makan secara sihat semasa sambutan Tahun Baru Cina seperti yang disarankan dalam buku kecil “Makan Secara Sihat, Resipi Kehidupan Sihat”. Salinan buku ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia; http://www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh.gov.my.
Hayatilah musim perayaan ini dengan penuh kegembiraan tanpa menjejaskan kesihatan. Oleh itu, pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia, makanlah secara sihat kerana “Makan Secara Sihat Kunci Kesihatan”.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini kita akan lebih sihat, harmoni dan bahagia. Gong Xi Fa Cai.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI Menteri Kesihatan Malaysia 4 Februari 2013
???????? ???
??????????????????? 2013 ?2 ?4 ?
?????????????2?10???????????????????2013?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????“88888”????????????????????????“88888”?????
??????????181??????????51.4%????????15????????????0.7???
??????????????????????????????????????????????????????12????????????????????????????????????????12???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????“????–??3665”????????????????“????–??3665”???
????????????????????????????????????????????????????????????????????????????http://www.moh.gov.my ? nutrition.moh.gov.my??
????????????????????????????????????????????????????????????????????
????????????????????????????????????????????????
??????? ???????? 2013?2?4? |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ditambah pada | 04-02-2013 |