A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

17 Julai 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2022 di Ipoh, Perak.

Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Tema sambutan pada tahun 2022 adalah ‘HARNESS INNOVATION TO REDUCE THE MALARIA DISEASE BURDEN AND SAVE LIVES’. Objektif sambutan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang penyakit Malaria yang masih menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.

KKM telah berjaya mencapai SIFAR kes jangkitan malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) bermula tahun 2018 dan berjaya mengekalkan pencapaian tersebut untuk empat (4) tahun berturut-turut.

Namun, pada tahun 2021 Malaysia masih melaporkan 111 kes import malaria manusia yang mendapat jangkitan di luar negara dan berpotensi menyebarkan jangkitan ini kepada rakyat setempat. Pada masa yang sama, cabaran yang lebih besar kini adalah bagi menangani kes malaria zoonotik dengan sejumlah 3,575 kes atau 97% daripada keseluruhan kes malaria di Malaysia yang dilaporkan tahun 2021.

Ayuh! Marilah sama-sama kita kekalkan SIFAR jangkitan malaria manusia dan berusaha mengawal jangkitan malaria zoonotik di Malaysia. Bertindaklah sekarang.

Turut hadir bersama ialah YB Tuan Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha (KSU) KKM dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) serta YBrs. Dr. Ummi Kalthom Shamsudin, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-07-18 12:26:43 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page