A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEMUNCAK DASAR KESIHATAN 2022

 

15 Ogos 2022 - YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 bertemakan "Masa Hadapan Pekhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan" di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri menerusi ucapannya menjelaskan bahawa Cadangan Kertas Putih Kesihatan ini bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini selain sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun yang mendatang.

Kertas Putih ini bukan sahaja menumpukan kepada transformasi perkhidmatan kesihatan, tetapi juga meneliti aspek-aspek lain yang membawa impak kepada kesihatan Keluarga Malaysia.

Malah, ia juga bertujuan membincang serta merencana masa hadapan sistem kesihatan negara melalui pembangunan Kertas Putih Kesihatan. Seperti mana semua maklum, sistem kesihatan negara kita, sama ada kerajaan mahupun swasta, telah berfungsi dengan cemerlang sehingga sebahagian besar Keluarga Malaysia menikmati tahap kesihatan yang baik terutama ketika kes pandemik COVID-19 memuncak.

Seterusnya, cabaran kesihatan yang diharungi sebelum ini dan apa yang dijangkakan pada masa hadapan, patut dijadikan sandaran untuk menambah baik dan memperkukuhkan sistem kesihatan sedia ada. Justeru, pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya bagi merealisasikan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan kalis masa hadapan.

YAB Perdana Menteri juga turut berkongsi harapan dalam usaha kita melakukan, mencorakkan semula sistem kesihatan negara agar sistem kesihatan negara menyokong dan membantu Keluarga Malaysia kekal sihat dan bukan lagi menumpukan kepada rawatan dan intervensi setelah berpenyakit.

Seterusnya, sistem kesihatan negara mampu memenuhi keperluan rawatan Keluarga Malaysia secara mampan dan berdaya tahan daripada semua cabaran termasuk dalam situasi pandemik global.

Malah, sistem kesihatan negara menjadi kebanggaan Keluarga Malaysia kerana merasakan mereka adalah sebahagian daripadanya dan juga menghargai peranannya melalui transformasi sistem kesihatan negara perlu

melibatkan pelbagai aspek termasuk menerapkan pendekatan ‘whole of government’ dan ‘whole of society’, iaitu kesihatan adalah tanggungjawab bersama.

Akhir sekali, YAB Perdana Menteri menyeru Keluarga Malaysia agar membudayakan gaya hidup sihat seperti mengaktifkan diri, pupuk minda sihat, makan secara sihat dan tidak merokok serta melakukan saringan kesihatan secara berkala.

Hadir sama YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato' Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan 11, Datuk Sri Mohd Shafiq Bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Dr Norhayati Bt. Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), KKM, EXCO Kesihatan Negeri dan Pengarah-Pengarah Kesihatan Negeri.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-08-18 20:14:46 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page