A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

2ND NATIONAL INFECTION PREVENTION AND CONTROL CONFERENCE 2022

6 Sep 2022 - YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan hari ini merasmikan 2nd National Infection Prevention and Control Conference 2022 anjuran Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Society of Infection Control and Infectious Diseases (MyICID) dan Kelab Medik Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II. (HRPZ II)

Berdasarkan laporan Global Report on Infection Prevention and Control (IPC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2022, daripada setiap 100 pesakit di hospital, 7 pesakit di negara berpendapatan tinggi dan 15 pesakit di negara berpendapatan rendah dan sederhana akan dijangkiti sekurang-kurangnya satu jangkitan silang semasa berada di hospital. Malahan, secara purata, 1 daripada setiap 10 pesakit yang dijangkiti akan maut akibat jangkitan tersebut.

Di Malaysia, berdasarkan laporan kawalan infeksi pada tahun 2021, 5 daripada 100 pesakit yang dimasukkan ke hospital dijangkiti jangkitan silang. Jangkitan paru-paru, jangkitan aliran darah dan jangkitan luka pembedahan adalah jangkitan silang yang paling tinggi dilaporkan. Kajian yang sama turut menunjukkan 12.6% pesakit yang menggunakan bantuan pernafasan dijangkiti radang paru-paru semasa berada di hospital. Manakala, daripada 1,295 pesakit yang mempunyai catheter di saluran darah utama, 5.5% mendapat jangkitan saluran darah.

Bertemakan Navigating the New Normal in Infection Prevention and Control, persidangan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 6 & 7 September 2022, dihadiri peserta daripada anggota kesihatan  sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam akiviti pencegahan dan kawalan infeksi. Disamping itu, persidangan ini turut menggabungkan penceramah dalam dan luar negara yang memfokuskan topik-topik semasa berkaitan pengawalan pencegahan dan kawalan infeksi dan Antimicrobial Resistance (AMR).Ia juga menyediakan platform bagi pakar-pakar yang berpengalaman dalam pencegahan dan kawalan infeksi untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, serta hasil penyelidikan mereka berkaitan aspek pencegahan dan kawalan infeksi serta AMR.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-09-08 22:39:37 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page