A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT - SABAH MAJU JAYA (ANMS SMJ) PERINGKAT NEGERI SABAH

 

10 September 2022 - YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat - Sabah Maju Jaya (ANMS SMJ) Peringkat Negeri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan yang turut hadir di majlis berkenaan menyatakan bahawa prevalens penyakit diabetes, hipertensi dan kolesterol di Sabah adalah lebih rendah berbanding dengan prevalens kebangsaan iaitu 9.8 peratus berbanding 18.3 peratus. Beliau berharap agar rakyat Sabah lebih kerap membuat saringan kesihatan bagi mengelak mengidap penyakit tidak berjangkit.

ANMS merupakan agenda negara secara membudayakan gaya hidup sihat melalui pemerkasaan rakyat dalam meningkatkan kesihatan kendiri menerusi kerjasama dengan rakan-rakan strategik kerajaan manakala ANMS SMJ mengetengahkan hasrat ke arah mencapai kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental bagi rakyat Sabah.

ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, mulai tahun 2021 hingga tahun 2030. ANMS di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 adalah gagasan oleh Kerajaan Negeri Sabah berpaksikan tiga teras iaitu        S - Sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan; M - Modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta J - Jaringan Infrastruktur dan kelestarian hijau.

Hadir bersama ialah YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KK, YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-09-19 21:18:40 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page