A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN DAN PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL SULTANAH MALIHA, LANGKAWI

12 September 2022-  Majlis perasmian dan pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman diiringi oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya.

Projek yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 16 Julai 2025 ini dilaksanakan untuk menaiktaraf perkhidmatan perubatan sedia ada di Hospital Sultanah Maliha demi kemudahan dan manfaat kepada penduduk di Pulau Langkawi khususnya dan negeri Kedah amnya.

Pembinaan bangunan baharu yang menggunakan kaedah Reka Dan Bina ini akan memuatkan sebanyak dua ratus dua puluh (220) katil pesakit, menjadikan kapasiti keseluruhan bilangan katil di Hospital Sultanah Maliha sebanyak tiga ratus tiga puluh (330) katil sekali gus menjadikan Hospital Sultanah Maliha bertaraf Hospital Pakar Major.

Kos kontrak semasa bagi projek ini adalah RM425 juta dengan tempoh pelaksanaan selama 182 minggu dapat mengurangkan beban penerimaan pesakit untuk pakar rujuk terutamanya di hospital-hospital berdekatan seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah dan Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Pelaksanaan projek ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Pulau Langkawi dalam persekitaran yang lebih kondusif, moden dan selesa.

Selain daripada itu, YB Menteri Kesihatan dalam majlis tersebut turut mengumumkan beberapa lagi kelulusan projek fasiliti kesihatan di negeri Kedah antaranya pembinaan Klinik Kesihatan di Pulau Tuba, Langkawi dan juga bangunan tambahan Hospital Baling yang dijangka siap pada awal tahun 2023.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-09-19 21:36:37 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page