A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 5) LENGGENG DI KLINIK KESIHATAN LENGGENG

1 Oktober 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng bertempat di Klinik Kesihatan Lenggeng, Negeri Sembilan. Di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12) KKM memberi fokus kepada kerja-kerja menaiktaraf fasiliti dan kemudahan sedia ada melalui pendekatan 3R - Repair, Replace and Restore bagi menambah baik dan mempertingkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh lapisan masyarakat. Dasar ini juga adalah selaras dengan teras strategik bagi Pelan Strategik KKM 2021-2025 iaitu Memperkemas Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan. KKM juga akan terus mempertingkatkan tadbir urus dan pengawasan bagi memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang cekap dan berkesan disediakan kepada rakyat. Inisiatif akan ditumpu ke arah pembangunan pelan rangka tindakan pembaharuan sistem kesihatan kebangsaan serta pelan induk fasiliti dan sumber manusia untuk menambahbaik perkhidmatan penjagaan kesihatan sedia ada.

Pembinaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar merupakan sebahagian daripada strategi KKM untuk memastikan kualiti dan kebolehcapaian kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat. Penyediaan klinik kesihatan yang kondusif dapat memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan primer.

Kelulusan projek pembangunan fasiliti kesihatan ini sekali lagi menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan telah berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. Justeru, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng ini diharap dapat membantu penduduk di Lenggeng serta kawasan sekitar mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian.

Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rolling Plan Keempat (RP4/ RMKe10).

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng ini adalah bagi menggantikan Klinik Kesihatan Lenggeng lama yang telah dibina pada tahun 1955. Bangunan klinik lama terletak di atas bukit bersebelahan dengan klinik kesihatan baharu sekarang dengan jaraknya hanya 100 meter. Klinik ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan Kecil dan telah dinaik taraf kepada Pusat Kesihatan Besar pada tahun 80an dan kemudiannya ditukar kepada Klinik Kesihatan Lenggeng.

Perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan termasuk Perkhidmatan Pesakit Luar, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Anak, Kesihatan Wanita, Perkhidmatan Pakar Kesihatan Keluarga (Visiting), Perkhidmatan kesihatan sekolah, Farmasi, Makmal, Perkhidmatan Ambulans dan Rawatan Kecemasan, Promosi Kesihatan dan Pencegahan dan juga saringan bersepadu.

Dengan terbinanya klinik baharu ini, lebih banyak perkhidmatan yang dapat disediakan termasuk perkhidmatan dietetik, sains pemakanan, perkhidmatan rehabilitasi, perkhidmatan farmasi tambahan seperti Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTEC) dan pertambahan perkhimatan pergigian iaitu sebanyak 1 dental chair. Sehubungan dengan itu, KKM akan memastikan klinik baharu ini beroperasi pada 17 Oktober 2022.

Sebagai persediaan untuk perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, YB Menteri bersetuju agar sebuah mesin x-ray dibekalkan di klinik ini. Perkhidmatan x-ray ini akan memberi manfaat kepada 14,650 populasi penduduk setempat, khususnya saringan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.Perkhidmatan x-ray ini juga akan mempercepatkan perawatan kes kecemasan kerana Klinik Kesihatan Lenggeng merupakan klinik on call.

Hadir sama YBhg. Dato’ Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia; YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, YBrs. Ir. Rahmat Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Y.Bhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan YBrs.Ir. Ainor Izman bin Maimun @ Mahmood, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Seremban.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-10-10 12:15:17 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page