A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN BERSEPADU KEBANGSAAN MYVIFITER 2.0

2 Oktober 2022 - YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan MyVIFitEr 2.0 bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya,

Program Pengurusan Berat Badan Secara Virtual atau dikenali sebagai MyVIFitEr telah diperkenalkan bagi membudayakan hidup sihat dalam kalangan Keluarga Malaysia  dan ia adalah salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Program kali ini merupakan sesi kedua berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada sesi sebelum ini. Seramai 1,806 orang yang telah berdaftar untuk menjadi peserta pada sesi kali ini dan program MyVIFitEr 2.0 ini berlangsung selama 10 minggu secara percuma.

Program MyVIFitEr telah dibentuk bagi membantu menangani masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, prevalens rakyat Malaysia yang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti meningkat daripada 47.7% kepada 50.1% (NHMS 2015). Justeru Keluarga Malaysia perlu mengekalkan berat ideal bagi mengelakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-10-10 12:30:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page