A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK PERGIGIAN BANDAR BOTANIK, KLANG.

4 Oktober 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Klinik Pergigian Bandar Botanik, Klang. Dua buah fasiliti kesihatan pergigian KKM iaitu Klinik Pergigian Bandar Botanik, Klang, Selangor dan Klinik Pergigian Kuala Lumpur kini dalam proses pelaksanaan Proof of Concept (POC) untuk Projek Rintis Penghasilan Gigi Palsu (Denture) menggunakan teknologi 3D.

Projek Rintis ini merupakan yang pertama dijalankan di peringkat KKM bagi memperkenalkan dan mendedahkan teknologi terkini pembuatan gigi palsu kepada anggota pergigian KKM serta mempercepatkan penghasilan dentur untuk keluarga Malaysia. Ia bermula pada 15 Ogos 2022 dan akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan sehingga 15 November 2022.

Pada tahun 2020, didapati 4 dari 10 orang (44 peratus) pesakit warga emas yang datang ke fasiliti KKM memperoleh gigi palsu dalam tempoh melebihi dua bulan atau lapan minggu. Sehingga kini, kesemua 531 buah Makmal Pergigian, KKM di Malaysia masih menghasilkan gigi palsu secara konvensional atau manual kepada rakyat.

Menerusi projek rintis ini juga, dijangka penghasilan dentur pada masa hadapan dapat ditingkatkan daripada purata 90 unit kepada 300 unit sebulan bagi setiap klinik pergigian yang dilengkapi dengan teknologi 3D. Kekerapan lawatan pesakit untuk pembuatan dentur turut dapat dikurangkan kepada dua kali lawatan sahaja berbanding lima kali lawatan berbanding kaedah konvensional.

KKM akan terus komited dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian digital secara bersepadu dan inklusif seiring dengan Pelan Strategik Pendigitalan KKM 2021–2025.

Turut hadir, YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2022-10-10 12:36:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page