A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PUSAT KARDIOLOGI HOSPITAL SERDANG

 

17 Oktober 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang, oleh YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM.

Hospital Serdang merupakan hospital pakar major yang merupakan pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah dan pusat rujukan bagi kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara (National Tertiary Cardiac Referral Centre).

Pusat Jantung Hospital Serdang ditubuhkan bagi mempercepatkan penerimaan rawatan oleh pesakit dan dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan angiogram daripada 18 bulan kepada 9 bulan untuk kes-kes elektif.

Pusat Jantung, Hospital Serdang bakal memulakan pengoperasiannya pada 12 Disember 2022. Pusat Kardiologi ini dibina dengan satu blok kardiologi setinggi lapan tingkat yang menempatkan 262 buah katil serta satu blok tempat letak kereta setinggi sembilan tingkat yang mempunyai 536 petak parkir.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2022-10-28 13:52:26 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page