A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN PRESINT 18, PUTRAJAYA

3 Januari 2023 – YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.

Lawatan bertujuan untuk melihat situasi di lapangan serta pelaksanaan awal inisiatif janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera bagi Perkhidmatan Kesihatan Primer.

YB Dr Zaliha amat berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia untuk memastikan proses pendaftaran kehadiran pesakit, konsultasi dan rawatan serta pemberian tarikh slot janji temu susulan berjalan lancar. Rakyat Malaysia rata-ratanya juga bersikap positif dan selesa dengan perubahan ini.

Analisa penggunaan sistem temujanji ini yang dijalankan pada 3 Januari 2023 mendapati sebanyak 312 fasiliti kesihatan telah membuka dan menyediakan slot janji temu bagi pelanggan.

Sejumlah 607,909 slot janji temu perkhidmatan kesihatan telah dibuka bermula 2 Januari 2023 sehingga Mac 2023. KKM menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat.

Terdahulu, MySejahtera berjaya menguruskan lebih dari 70 juta pemberian dos vaksin COVID-19 melalui ciri Janji Temu Vaksinasi COVID-19.

Selain memudahkan 780,000 rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan melalui tempahan janji temu di aplikasi MySejahtera, matlamat utama fungsi ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan serta mengoptimumkan masa menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Sistem janji temu ini juga bertujuan membantu fasiliti kesihatan mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing bagi mengelakkan kesesakan di tempat pendaftaran dan menunggu. Namun, bagi kes-kes kecemasan, pelanggan boleh terus ke fasiliti kesihatan seperti biasa dan tidak memerlukan janji temu.

Pendigitalan rekod kesihatan serta rekod mendapatkan rawatan di MySejahtera merupakan satu kaedah yang baik untuk KKM mendapatkan maklumat masa nyata (real time information).

KKM juga merancang untuk memperluaskan servis tempahan secara digital ataupun online ke klinik-klinik pakar di hospital bagi memudahkan pengguna yang memerlukan khidmat doktor pakar dirujuk ke hospital oleh doktor di Klinik Kesihatan tanpa menunggu masa yang lama.

Inisiatif ini merupakan usaha KKM untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapat rawatan kesihatan.

Turut hadir, YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-05 16:06:32 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page