A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

6 Januari 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di Dewan Serbaguna, KKM.

Ucapan awalnya menyeru agar warga kementerian mengambil iktibar daripada pengalaman dan cabaran yang telah dilalui sepanjang tahun 2022. Warga KKM juga diharap agar lebih bersemangat dan bersedia untuk mengharungi cabaran tahun baharu ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan memandang serius perkembangan terkini situasi penularan pandemik COVID-19 di luar negara.
Bagi mendepani perkembangan berkenaan, KKM akan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam semua aspek.

Antara langkah-langkah yang diambil ialah penilaian perkembangan mutakhir serta mengukuhkan kerjasama serantau dengan negara jiran seperti Thailand dan Singapura serta badan kesihatan antarabangsa (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan Covid 19 berdasarkan fakta sains dan analisa data.

Langkah lain adalah menerusi pengukuhan aktiviti surveilans COVID-19 dalam kalangan pengunjung/pengembara di pintu-pintu masuk utama negara.

Saringan ke atas pengunjung yang bergejala dan disyaki dijangkiti COVID-19 dilakukan dan tindakan segera diambil untuk tujuan isolasi atau rawatan lanjut. Aktiviti surveilans bagi mengenal pasti varian atau subvarian baru juga dilakukan dengan mengambil sampel rawak daripada air kumbahan daripada pesawat-pesawat agar langkah-langkah segera dan tepat dapat dilaksanakan.

Beliau juga menyeru agar kaedah pencegahan dan penjagaan diri seperti  memakai pelitup muka apabila berada di tempat-tempat awam serta terus kekal mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S.

Bagi mereka yang berisiko dan mempunyai penyakit-penyakit komorbid, amat digalakkan untuk mengambil suntikan COVID-19 tambahan bagi meningkatkan tahap imuniti terhadap jangkitan.

Turut disentuh program dan inisiatif Tahun 2023, yang  mana penekanan kepada Malaysia Makmur, Rakyat Sihat iaitu KKM ingin menjadikan rakyat Malaysia sihat dari segi mental, fizikal dan spiritual. Justeru, pendekatan bersepadu akan digerakkan dengan melibatkan pelbagai pihak. Ini adalah bagi memastikan rakyat di pelbagai peringkat diberi pendedahan mengenai literasi kewangan dan kesihatan.

Aspek penjagaan kesihatan sangat penting dan rakyat perlu sedar tentang hal ini; perkhidmatan kesihatan yang cekap, berkesan dan selamat; dan sistem penjagaan kesihatan mampu mengharungi cabaran getir seperti pandemik COVID-19.  

Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun ini, KKM mensasarkan 1.5 juta rakyat menyertai saringan NHSI (National Health Screening Initiative) khususnya bagi golongan dewasa yang tidak pernah membuat saringan lebih daripada setahun dan seterusnya membolehkan mereka mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Di majlis tersebut juga, YB Dr. Zaliha turut melancarkan inisiatif baharu yang sangat praktikal iaitu “Label Ubat Mesra OKU Penglihatan” yang dicetak secara BRAILLE pada paket ubat.

Turut hadir YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha, KKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Seiausaha (Kewangan), KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), KKM, YBhg Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), KKM dan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) KKM.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-11 18:56:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page