A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan YBMK Ke Program Perkhidmatan Farmasi KKM

 

13 Januari 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lawatan ini bertujuan untuk lebih mengenali dan memahami fungsi dan peranan setiap bahagian dalam Program Perkhidmatan Farmasi.

Program Perkhidmatan Farmasi merupakan sebuah program yang bertanggungjawab menerajui pengurusan perkhidmatan ubat-ubatan di negara ini.

Program ini telah membangunkan inovasi-inovasi dan perkhidmatan tambah nilai bagi mengurangkan masa menunggu mengambil ubat-ubatan oleh pesakit, menjalankan fungsi regulatori dan tindakan penguatkuasaan yang efisien mengikut undang-undang bagi memastikan akses produk yang dipasarkan di dalam negara adalah berkualiti, berkesan dan selamat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Antaranya termasuk inisiatif Perkhidmatan Pembekalan Ubat Susulan Melalui Pihak Ketiga (UM3) dalam urusan pembekalan ubat susulan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran termasuk syarikat pos atau kurier tempatan.

YB Dr Zaliha telah diberi taklimat oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan dibawa melawat ke Makmal Forensik Siber, Makmal Forensik Kimia dan Makmal Traditional & Kosmetik.

Turut hadir, YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBrs Puan Norhaliza binti A Halim, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.

 

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-01-13 17:33:13 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page