kertas putih kesihatan

Apakah manfaat reformasi kesihatan ini kepada rakyat?

Reformasi kesihatan negara akan dilaksanakan secara berfasa merangkumi tempoh 15 tahun. Antara manfaat atau impak reformasi kesihatan kepada rakyat adalah : 

 

1) Rakyat mempunyai pelan kesihatan yang berpaksikan individu yang berdasarkan keperluan kesihatan / perubatan seseorang.

 

2) Rakyat mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dengan kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta.

 

3) Rakyat boleh mendapatkan rawatan dari doktor dan pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan serta boleh juga memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik lain.

 

4) Rakyat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pasukan kesihatan komuniti yang terlatih supaya kekal sihat.

 

5) Rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dengan harga dan masa menunggu yang berpatutan.

 

6) Rakyat boleh mengakses rekod perubatan peribadi secara atas talian. Rekod perubatan juga boleh diakses oleh hospital dan klinik di seluruh negara bagi tujuan rawatan. 

 

7) Rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara atas talian bagi keadaan tertentu.


  •