A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Hospital Likas, Kota Kinabalu Sabah

7 Februari 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Likas di Kota Kinabalu, Sabah.

Hospital Likas merupakan Hospital Kerajaan pertama yang yang telah diubah suai daripada sebuah hospital swasta. Hospital tersebut mempunyai keluasan kawasan 25.05 ekar. Pada Tahun 2009, Hospital Likas telah diberi penjenamaan baharu kepada Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah.

Hospital Likas mempunyai sebanyak 667 katil dan merupakan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang mencatat kadar kelahiran bayi yang tertinggi di seluruh Malaysia.

YB Lukanisman telah meninjau keadaan di wad kecemasan, termasuklah di zon kritikal, zon Kuning dan zon Hijau. Zon hijau di Hospital Likas merupakan tempat sementara yang didirikan untuk mengatasi kesesakan di wad serta kadar kemasukkan pesakit yang tinggi. Beliau juga turut meninjau keadaan Wad Antenatal (wad sebelum bersalin), wad post Natal, wad kanak-kanak dan Unit rawatan rapi neonate (NIUC).

YB Lukanisman juga berkesempatan beramah mesra dgn pesakit-pesakit yang mendapat rawatan kesihatan di hospital tersebut serta menyantuni warga petugas.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Datuk Dr. Rose Nani binti Mudin, Pengarah JKN Sabah, YBhg. Datuk Dr. Abd Kahar bin Abd Asis, Timbalan Pengarah JKNS (Perubatan), YBrs. Dr. Asits bin Sanna, Timbalan Pengarah JKNS (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Marcus Netto, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

image image image image

 

 

 


Kemaskini pada 2023-02-13 12:01:22 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page