A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan ke-12 Peringkat Kebangsaan 2023

10 Mac 2023 - YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan ke-12 Peringkat Kebangsaan 2023 bertempat di Auditorium Kompleks E.

Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan ini merupakan acara tahunan yang disambut pada 10 Mac setiap tahun bagi meraikan semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh negara. Majlis ini dilakukan untuk meraikan Hari Pembantu Perubatan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan, di atas bakti mulia yang telah dicurahkan oleh Pembantu Perubatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahun ini tema Hari Pembantu Perubatan adalah “Bakti Mulia: Profesion Diperkasa, Masyarakat Sejahtera.” Pemilihan tema ini mencerminkan kesungguhan serta pengorbanan kepada Pembantu Perubatan sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan dengan memberikan perkhidmatan secara profesional dan penuh didikasi serta mempunyai daya tahan yang utuh sama ada fizikal mahupun mental bila berdepan dengan kesukaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa komited di dalam menyokong usaha pemerkasaaan peranan Penolong Pegawai Perubatan di dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini. Jasa dan pengorbanan semua Penolong Pegawai Perubatan sejak dahulu lagi serta semasa pendemik COVID-19 baru-baru ini akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Selain itu, selari dengan teras ke-4 dalam Plan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P), Inisiatif pelaksanaan pendaftaran Assistant Medical Officer Technical Expert (AMOTex) dan Academy of Medical Assistants Malaysia (AcMA) juga turut diperkenalkan. AMOTeX merupakan satu inisiatif bagi pengiktirafan kepada Pembantu Perubatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi serta menepati syarat-syarat tertentu di dalam sesuatu bidang pengkhususan.

Turut hadir, YBrs. En. Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, KKM, YBhg. Dato Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Professor Dr. Hj. Ismail Mohd Saiboon, Penaung Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, YBrs. En. Zulhelmi Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Cawangan Penolong Pegawai Perubatan, YBrs. Tuan Hj. Mustafa Majid, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-03-15 16:34:04 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page