A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Bandar Raub, Raub, Pahang

10 Mac 2023 - Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Bandar Raub, Raub, Pahang

Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Bandar Raub, Raub, Pahang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Hadir sama semasa majlis penyerahan projek ini adalah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan YBrs. Encik Wan Hashim bin Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, KKM.

Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat tahun 2015, Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RP4, RMKe-10) dengan kos keseluruhan sebanyak RM35 juta. Klinik ini merupakan sebuah klinik baharu yang menggunapakai reka bentuk piawai (Pre-Approved Plan) dengan skop seperti berikut:

(i)      Bangunan Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan komponen seperti Registration & Medical Record Unit
(ii)      Pharmacy Unit
(iii)     Storage
(iv)    Outpatient Clinic
(v)     Emergency Clinic
(vi)    Diagnostic Imaging Unit,
(vii)   Public Amenities,
(viii)  Staff Facilities
(ix)    Health Surveillance Unit
(x)    Café
(xi)    Other’s Room
(xii)   Oral Health Clinic
(xiii)   Rehabilitation Unit
(xiv)  Administration Office
(xv)   Maternal and Child Health Clinic
(xvi)  Health Education Unit
(xvii)  Pathology Unit
(xviii) 16 Unit Kuarters Kelas G;Parkir; dan
(xix)  Perolehan peralatan Perubatan dan Bukan Perubatan

Pengoperasian klinik ini dijangka akan dapat memanfaatkan lebih 95,000 orang penduduk daerah Raub dan dijangka akan mula beroperasi pada 3 April 2023.

Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Bandar Raub, Raub, Pahang ini merupakan usaha KKM bagi mempertingkatkan tadbir urus dan pengawasan bagi memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang cekap dan berkesan disediakan kepada rakyat.

Pembukaan fasiliti kesihatan yang baharu ini diharap dapat memberikan keselesaan bukan sahaja kepada rakyat untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kesihatan awam, malah juga kepada kakitangan kesihatan yang bertugas.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-03-15 17:18:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page