A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Program Certified Recovery Coach 2.0 Anjuran Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) Peringkat Kebangsaan

15 Mac 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Certified Recovery Coach 2.0 anjuran Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) peringkat kebangsaan dengan kerjasama bersama Yayasan Bank Rakyat, dan Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Hotel Puteri Bay, Melaka.

Program latihan jurulatih pemulihan bertauliah atau certified recovery coach direka untuk individu dalam kalangan masyarakat sama ada bekas pengguna atau bukan yang ingin membina pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kepulihan ketagihan bahan terlarang seperti dadah.

Program ini menyediakan asas pengetahuan yang kukuh mengenai penggunaan bahan, penyalahgunaan, dan ketagihan melalui pelbagai kursus yang memfokuskan kepada rawatan ketagihan yang membolehkan para peserta merancang pembelajaran yang sesuai dengan peluang kerjaya dan minat mereka.

YB Lukanisman merakamkan penghargaan kepada pihak MASAC yang memperjuangkan pelbagai isu berkait masalah penagihan dadah dan kepentingan MASAC.

Kajian mendapati bahawa sebanyak 33.66% kes dadah adalah kes berulang iaitu melibatkan mereka yang kembali menagih.

YB Lukanisman menyatakan bahawa program ini dapat memberi impak dengan menghasilkan lebih ramai profesional dan berkelayakan yang akan membantu pihak kerajaan dan swasta dalam memastikan penagih dapat dibantu dan sekaligus mewujudkan sistem sokongan atau peer group support dalam mengurangkan bilangan mereka yang kembali menagih.

Turut hadir ialah Encik Muhammad Nur Iman bin Hairusalleh, Wakil Yayasan Bank Rakyat, Puan Noor Azrimah Ahmad, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka, Prof Madya Dr Mohamad Isa bin Amat, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Encik Ahmad Lutfi Abdul Latiff, Presiden Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dan Tuan Raja Azizan Suhaimi, Setiausaha Agung MASAC

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-03-23 12:25:35 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page