A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran National Childhood Cancer Carnival Dan National Childhood Cancer Alliance

17 Mac 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan bersama YB Anthony Loke Siew Fok, Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyempurnakan Majlis National Childhood Cancer Carnival dan seterusnya melancarkan National Childhood Cancer Alliance di Pusat Pelancongan Malaysia, Ampang, Kuala Lumpur.

Kanser merupakan penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) yang merupakan penyebab kematian kedua di dunia dengan jumlah kematian yang semakin meningkat setiap tahun. Namun, pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang kedua kepada pesakit untuk sembuh.

Kanser dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan tanggungan beban terhadap ibu bapa/ keluarga kanak-kanak kanser turut bertambah. Kanser bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit, malah ia turut memberi kesan kepada keluarga pesakit.

KKM sedang berusaha untuk mencari kaedah terbaik dengan menambahbaik fasiliti kemudahan kesihatan yang sedia ada untuk menampung keperluan yang kian meningkat.

YB Lukanisman menyatakan bahawa keluarga kanak-kanak pesakit kanser turut terbeban dengan masalah kewangan, pengangkutan dan tempat tinggal bagi mendapat rawatan kanser. Perjalanan untuk mendapat rawatan onkologi/ kanser bagi sesetengan pesakit kanak-kanak sangat jauh dan rawatan onkologi mengambil satu tempoh masa yang lama.

YB Lukanisman berharap agar dengan adanya National Childhood Cancer Alliance, bukan sahaja memberi sokongan kepada kanak-kanak dari Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, malah mampu mengeratkan lagi kerjasama di antara NGO dan pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi keberkesanan penjagaan pesakit kanser kanak-kanak.

Turut hadir bersama ialah Y.Bhg. Datuk Jana Santhiran, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, En. Jeevan Rajoo, Ketua Pegawai Eksekutif Tata Consulting Services, En. Philip See, Ketua Kumpulan Kelestarian Malaysia Aviation Group dan Dr. M. Murallitharan, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-03-24 11:11:35 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page